Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Monday, December 30, 2013

Part 1-2

sesekali aku melirik jam di tangan. Lambat lagi ker nak check in nie? getus aku dalam hati. UJ kelihatan santai saja. Sibuk bercerita dengan teman-teman lain yang turut menunggu untuk pendaftaran masuk.
"By, jom check kat kaunter kalau kita boleh stay satu bilik." UJ mengajak. Aku turut berdiri membuntuti langkahnya mendekati kaunter pendaftaran. Beberapa minit membuat pertanyaan akhirnya kami menerima jawapan yang mengecewakan. Pihak penyelaras sudah menentukan penghuni setiap bilik. Kami terpaksa menerima keputusan tersebut. 
tepat 12 tengahari, teman-teman yang lain mula memenuhi lobi hotel. Suasana riuh dengan gelak ketawa. Lama tidak bersua pasti kegembiraan terpancar dari wajah masing-masing. Tidak ketinggalan ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan saat tersebut dalam galeri foto mereka. oh ya!! aku masih menanti kemunculan wajah seseorang. siapa? hehe..bak kata Dato Siti Nurhaliza, biarlah rahsia..kekeke 'peace no war'. 

****
Alhamdulillah..sesi taklimat berjalan dengan lancar. Satu permulaan yang baik. Senyuman itu menyapa pandangan mataku. Sejenak aku mengukir senyuman walaupun tidak kelihatan di matanya. pa boo ya!! aku mengeleng kepala. 
Penyelaras memaklumkan kami akan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Hati berkobar-kobar ingin tahu siapa yang akan sekumpulan denganku. Sebaik sahaja masa rehat 30 minit bermula, cepat aku berdiri mencari nama. 
Hmmm...dia tidak tersenarai dalam kumpulan!! tapi....kenapa jantungku mula bertukar rentak? bukan rentak kecewa tapi seakan rentak kelegaan. aku berundur memberi ruang kepada teman-teman yang lain untuk melihat senarai nama kumpulan. 
" Ruby, ko satu kumpulan ngan sapa?" Along menepuk perlahan bahu aku. wajah kecewa aku pamerkan padanya. 
"kita tak sekumpulan la long! frust.."
Along menarik muka tidak percaya. "sapa yang nak satu kumpulan ngan ko? boring asyik2 muka ko jer aku jumpa." tanpa beralas Along menuturkan ayat tersebut. Namun akhirnya mengekek ketawa dihujung kata. Hana ikut ketawa. 
Aku melihat teman-teman lain berasak memeriksa nama masing-masing di kertas yang terpampang di dinding. Mujur tempat duduk yang aku pilih berhampiran dengan tempat tersebut jadi aku mempunyai peluang untuk melihat senarai tanpa perlu bersesak. 
Nama itu!! aku memainkan pen di jariku. Sedetik nama itu bergema dalam hati. Terasa rentak jantung berubah melodi. Apakah ini??
Haissh...tolonglah jangan!! aku punya amanah yang aku pikul sebaik menjejakkan kaki di daerah ini. Minda menafikan kehadiran nama itu di sudut hati. 

"Kak.." 
Aku menoleh ke arah suara itu. aku kah? 
"Kak Ruby.." Sekali lagi suara itu memanggil. Kini aku lebih yakin mengukirkan senyuman. Lantas Sheedah dan Zara mendekati aku. 
"kita sekumpulan kan.." aku mengangguk. 
"nasib baik korang ada. Kalau tak mesti kakak segan. Kakak tak berapa kenal ngan ahli yang lain." kataku. Zara dan sheedah ketawa perlahan. "takpe kak..kami nie pun bukannya biasa sangat ngan dorang. Tapi dorang tu okay kak. Jangan risau."
Kata-kata Sheedah serba sedikit mengurangkan perasaan nervous yang melanda dalam diam.

Ah! leganya. Aku merebahkan diri di atas tilam empuk dalam bilik hotel. Jam menunjukkan waktu sudah hampir menginjak maghrib. Kak Lia dan Kak Jun turut berehat sebentar melepaskan lelah. Kami sempat berkenalan di awal pertemuan tengahri tadi. 
awkward! itu yang boleh aku gambarkan bila berada bersama-sama mereka di dalam bilik tersebut. Mereka lebih berpangkat senior dari aku. Risau jika aku terlepas kata bila bersuara. Jadi aku lebih memilih untuk mendiamkan diri sementara menunggu masuk waktu maghrib. Telefon mudahalih Samsung Note II aku capai. Pesanan ringkas aku hantar kepada Gaeil. 
Sebentar kemudian aku mendapat balasan. Oh! dah azan. Cepat-cepat aku menyarungkan telekung. bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa. Meluahkan rasa syukur kerana memberikan kelapangan dalam setiap urusan sepanjang hari ini. Allahu Rabbi..Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Bulat mataku memandang Gaeil. "sorang jer??" aku mengulang kembali soalan padanya. Hati aku melonjak kegembiraan. Anggukan Gaeil menambah perisa. 
"boleh tak aku masuk bilik nie? janggal la ngan akak-akak tu." 
"Masuk jelah. aku pun takde kawan nie. lagipun ramai juga yang bertukar-tukar bilik. Rasanya takkan ada masalah kot." 
Kata-kata Gaeil membuatkan aku semakin bersemangat. 
"okay! betul ker nie ko tak kisah aku pindah sini?" soalku. Ingin memastikan sekali lagi.
"pindah aje la Ruby. No hal!" Dia ketawa kecil.
aku menunjukkan ibu jari ke atas. "okay. aku turun amik luggage."
Senyuman tak lekang dari bibir. Mujur malam itu kami tidak mempunyai sebarang aktiviti. mudah untuk aku memindahkan barang-barang ke tingkat 6. 
Sebaik selesai menguruskan semuanya, aku kembali merebahkan tubuh. Mata terasa berat. Namun pemandangan langit dunia yang dipenuhi taburan bintang berkelipan membuat aku terleka sebentar. Subhanallah alhamdulillah wa la ilahailallah allahu akhbar..indahnya! puji-pujian kepada Allah Yang Maha Kuasa. 
aku menoleh ke katil Gaeil. Dalam kesamaran cahaya lampu aku lihat dia sudahpun dibuai mimpi. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada keesokkan hari. Amiin. 
Pandanganku kian kelam. Selamat Malam wahai dunia. 

Part 1

aku mengetuk dahi sebaik talian telefon diputuskan. Sms yang diterima minggu lepas menerjah kotak fikiran. Betul la kena pergi kursus..! aku mencongak sesuatu dalam minda. sesekali kepala yang tidak gatal digaru. Akhirnya satu keluhan berat dilepaskan. Peperiksaan akhir belum lagi selesai, satu amanah sudah muncul. Pen dijari dimainkan tanpa sebarang arah. Aku menyandarkan tubuh ke belakang.
"langsung takde masa nak rest..dah kena perah otak lagi, hmm."
Hilang mood untuk mengulangkaji. Sedangkan masih banyak topik yang belum disentuh. Lantas telefon dicapai. icon Message ditekan. satu pesanan ringkas dihantar.
Tidak sampai 5 minit menanti, telefon berbunyi menandakan ada pesanan baru diterima.
"yeah! they text me about it this morning. sorry, forgot to buzz u." Ringkas saja balasan yang dihantar. Namun mampu membuatkan aku melepaskan nafas lega. Alhamdulillah! sebaris perkataan itu meluncur laju keluar dari bibir.
Langsir bercorak abstrak menegak berwarna putih dan berlatar belakangkan warna biru langit aku selak luas .Hujan gerimis sedang membasahi bumi. Nafas dalam aku tarik. Menghirup udara lembap dari kawasan bukit yang berhampiran yang masih utuh dengan habitat asalnya tanpa ada sebarang bentuk penerokaan. Tekak mula terasa ingin menghirup kopi panas. Kaki mula melangkah ke dapur. Segelas mug dicapai dengan 1 pek kopiko LA Coffee 3 in 1. Air panas sudah pun tersedia. Aroma kopi memenuhi ruang tamu. Sengaja aku duduk di situ. Air kopi yang masih berasap dihirup perlahan ala-ala iklan Nescafe di TV3. Aku tersenyum sendiri. Ada hati ingin jadi model. Tak sedar diri langsung!! hehehe..
Samsung Note 8.0 aku capai. SPlanner dibuka. Kembali mencongak dalam fikiran. Nampaknya banyak rancangan yang perlu aku ketepikan. Mujur juga aku tidak membeli tiket penerbangan untuk bercuti ke mana-mana. Kalau tidak, pasti rugi.
Selepas menduduki kertas terakhir hari sabtu nanti, aku kena mengemas barang untuk bersedia bertolak ke keningau pula. Kursus yang bakal aku hadiri adalah penting untuk masa depan kerjaya aku. Jadi, kenalah berkorban. Tidak kisahlah dengan apa yang bakal aku lalui disepanjang program tersebut. Apa yang pasti ianya akan menjadi mini reunion tidak langsung untuk aku bersama teman-teman yang lain. Ah! rindunya. teringat kenangan sewaktu menuntut di IPG dulu. Apa khabar mereka sekarang?
Mesti banyak cerita yang bakal mereka kongsikan bersama. apatah lagi ramai dikalangan mereka yang jarang sekali bersua muka atau berkomunikasi di laman sosial. Mungkin disebabkan kesibukan menguruskan keluarga masing-masing. Inilah masanya untuk mereka mengeratkan semula silaturrahim yang kian pudar dek kekangang tugas dan peredaran waktu.

******
"Semua barang dah siap kemas ker?" Ibu menjenguk ke dalam bilik aku. Anggukan kecil aku tunjukkan padanya menandakan aku sudah melakukannya.
"Tidur awal. Esok nak kena bertolak awal. Takut jam nanti." peringatan ringkas dari ibu. aku sekadar menunjukkan isyarat 'OK' . Ibu berlalu masuk ke biliknya.
Aku mempercepatkan pergerakan mengemas barang-barang ke dalam bagpack yang turut akan dibawa esok. Jam meja berbentuk epal sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Ah! sedikit lagi. Kelopak mata sudah terasa memberat.
sebaik sahaja selesai, pantas aku bangkit mematikan suis lampu. Lalu membaringkan tubuh yang sedikit lenguh. Perasaan gembira melonjak dalam dada. Tidak sabar untuk menanti hari esok. Kelelahan selepas menduduki peperiksaan akhir seperti telah hilang. Biar dingin bayu di banjaran crocker nanti menghapus sisa lelah itu dan menyapa hati yang sekian lama membeku.
Bismikallahu ahya wa amuts.....

Excited!! itulah perasaan aku ketika ini. Seperti biasa, laman sosial instagram dibuka. Nak update status!! chewah...Samsung Note 8.0 dibuka. icon instagram ditekan. Snap! berpuashati dengan gambar yang diambil aku lantas menulis caption kemudian menekan butang post. Perasan jadi artis untuk beberapa saat.
UJ melambaikan tangannya ke arah aku. Kami perlu bertolak segera. Jalan yang akan kami lalui adalah jalan yang merentasi banjaran crocker. 1st time in my life!! aku berdoa panjang dalam hati. mudah-mudahan perjalanan kami dipermudahkan dan kami selamat tiba ke destinasi.

satu jam lebih dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di perkarangan Hotel Perkasa, Keningau. Di sinilah kami akan menjalani program transformasi minda. Sebaik membayar tambang teksi. Kami menarik bagasi masing-masing masuk ke lobi hotel. Weird! takde orang yang sambut ker? kebiasaannya bukankah ada pekerja hotel yang akan tolong sambut kat pintu masuk hotel @ tolong angkat barang? kat sini takde pulak service macam tu. Kami berehat seketika di sofa yang terdapat di hadapan kaunter pendaftaran. Memandangkan kami masih belum dibenarkan untuk check in, sengaja kami lepak di situ sementara menunggu. Lagipun malas untuk keluar ke mana-mana. Letih!.

Wednesday, December 25, 2013

Di Penghujung Kembara 2013

Lagi 5 hari 2013 akan melabuhkan tirainya..dunia akan menyambut kedatangan tahun baru 2014..kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan..sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang tp Allah SWT yang menentukannya..life is unpredictable!! itu yang selalu aku ingatkan dengan diriku sendiri..terkadang kita kalah dengan percaturan takdir..dan terkadang kita mampu tersenyum kerananya..apa yang berlaku terkadang amat jauh bertentangan dengan kehendak hati..pedih..pilu..keluhan kedengaran merintih..kenapa dan mengapa!! tpi sedarkah kita..bahawa takdir yang Allah tentukan untuk kita sebenarnya lebih indah dari apa yang kita dambakan? kerna Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang..

 Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   
  ( Al-Baqarah: 286)
Ujian itu sebenarnya anugerah daripada Allah SWT. 
...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” 
(Surah a-Talaq: 2-3)

#Throwback
Hmmm...perjalanan kembara hidup aku di tahun 2013 lebih banyak kepada pemantapan kerjaya aku..kursus..bengkel..study..loads of assignment..family..boleh dikatakan jadual sentiasa packed!! stress? of course always be there..tp Allah sentiasa ada bersama..kasih sayang-NYA sentiasa menyentuh hati..
kita takkan pernah jadi yang sempurna..sebab yang sempurna hanyalah Allah SWT. Bila aku ingat balik aku yang dulu..banyak hal yang aku kesalkan..tapi orang kata..pengalaman adalah guru yang paling berharga buat kita..aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri..tp aku hanya manusia biasa yang rapuh..terkadang tersungkur..menjunjung kata hati yang bersifat duniawi..Allahu Rabbi...bimbinglah aku agar sentiasa kembali kepada-MU dan mentaati-MU..
Percayalah pada Cinta Allah..saat aku kembali mengenal cinta-NYA..subhanallah..aku mula merasakan ketenangan yang aku cari..adakalanya sakit dan perit bila apa yang kita inginkan tidak mampu kita gapai..tapi saat kita meletakkan pengharapan itu pada-NYA..alhamdulillah ketenangan itu takkan boleh kita nyatakan dengan kata-kata..
Tahun 2013 boleh dikatakan penuh dengan kejutan..3 orang ahli keluarga aku melangsungkan pertunangan dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat..Alhamdulillah..aku tumpang gembira :)
banyak ceritera yang pernah aku lalui..aku hapuskan sedikit demi sedikit..buat apa menyimpan kenangan yang perit untuk diingati..hidup ini indah jika kita menghargainya, bukan? dalam erti kata yang lain, aku sebenarnya malas nak fikir suma benda tu. Aku doakan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka yang pernah membahagiakan aku suatu ketika dulu. Percayalah, aku amat menghargai kehadiran kalian..
Kedukaan sentiasa mennjenguk kehidupan kita..kalau gembira memanjang macam tak best la pulak kan..so, terima la apa adanya..tapi make sure buat penambahbaikan. That is really important!! kita takkan pernah maju kehadapan kalu sentiasa berfikiran negatif dan hidup seperti katak bawah tempurung..XD so pandai2 la bawa diri..paling penting sentiasalah ingat ALLAH SWT..sekuat mana pun kita berusaha kalu membelakangkan ALLAH..takde maknanya hidup..
tahun nie dah masuk tahun ke-2 aku mencurahkan bakti di daerah sendiri..kekadang aku rasa macam takde thrill bila dok daerah sendiri nie..kiri kanan depan belakang orang kenal kita..silap langkah habis dicanang satu kampung!! tapi yang bestnya..banyak benda free!! bule save budget..heheheheh
memanglah pengurusan kat sana agak sloppy!! what to do? unless pentadbiran berubah..klu tak sampai bila2 kualiti kerja makin merundum..hmmm...
sekarang nie dah pun hampir ke penghujung disember..sket jam lagi birthday aku..Tetttt!! makin tua daaaa...hahaha tak sangka kan..masa cepat berlalu..rasanya seperti br jer 26 dis 2012..sekarang nie dah hampir 26 dis 2013..
Sebelum pergi ke sana aku pernah bermimpi..mimpi yang aku hampir lupakan kerana kesibukan yang menuntut sepenuh perhatianku..kini, mimpi itu kembali mengamit hatiku..aku takut untuk kecewa lagi..namun percaturan Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya. beberapa minggu sebelum aku selesai menduduki peperiksaan akhir di OUM..aku menerima panggilan daripada teman memaklumkan kami perlu menghadiri kursus transformasi..Ya Allah!! tanpa sedar aku mengeluh..penat memerah otak menghadapi peperiksaan tak hilang lagi dah kena pegi kursus pula..dan tempat berkursus bukannya dekat..tapi di keningau..
demi kerjaya..penat takpe asal semuanya menjamin masa depan..aku tak pernah terfikir untuk merasakan semua ini pada waktu itu..aku hanya ingin menemui teman-teman lama sewaktu di IPG dlu...dah of course i felt slight of an excitement bila fikir yang aku akan bertemu dengan teman yang menarik perhatian aku kebelakangan ini..namun tak pernah aku menduga apa yang terjadi adalah sebaliknya..orang yang selama ini tidak pernah tersenarai dalam kamus hidupku tiba-tiba muncul...saat meneliti senarai nama ahli kumpulan..tentunya aku sedikit kecewa bila orang yang harapkan sekumpulan denganku, tiada!! entah kenapa bila terpandang sebaris nama itu..bibir mula mengukir senyuman..hati merasa tenang..legakah aku? aku dan dia, tidak pernah bertegur sapa..hanya kenal sebaris nama..yang dulunya adalah salah seorang rakan seperjuangan di IPG..
bila aktiviti kumpulan mula dijalankan..minda tak sempat menimbangkan apa yang patut dilakukan..segalanya berlaku secara spontan..hatiku mula terasa bahangnya..auranya tepat mengena..aduhai hati!!
satu hal yang mengejutkan..teman2 memilih dia untuk dipasangkan dengan aku..sekali lagi aku terpana...
Hati mula bertukar rentak...bagaimanakah pengakhirannnya?? aku tidak tahu..
aku teringat kata-kata seorang penulis yang aku kagumi..novelnya membuat aku berfikir tentang apa yang aku rasakan saat ini..
"Jika dia untuk saya..saya pohon Allah bukakah pintu hati dia untuk terima saya. Cinta itu datang daripada Allah SWT, kalau hilang pun Allah juagalah yang boleh menarik perasaan tu.." Fawwaz ~13 Jam A380.
Aku pilih...
Untuk terima....seadanya
Untuk faham..sepenuhnya
untuk bertahan...semampunya
Untuk mencinta...sesungguhnya
Untuk teruskan..bersamanya
Untuk setia...sampai syurga
Andai dia tercipta untukku....... :)


Sunday, March 17, 2013

kursus



dah lama tak kna panggil pegi kursus..lepas jer abis kursus KDC kat IPG..nie la kursus pertama aku..yg mna aku kna bermalam kat luar sampai 2 malam..hehe sebelum nie kursus sehari jer aku biasa pegi since last year..mulanya aku merungut jg bila dapat makluman pasal kursus nie..sebab..keja aku masi berlambak lg tak siap..mana keja sekolahnya..mna lagi tugasan kat OUM tu..pendek kata penat & stress dibuatnya!!...
ada kawan bgtau..boleh jer tolak klu dah tepilih. tpi kna la tunjuk sebab..napa tak pegi..hah!! tu yang aku susah nak karang..lepas fikir pjg..so aku pun dgn sedikit rasa terpaksa..pegi jg la menyahut seruan BTN..hehehe

nasib baik sorang rakan sekerja..join kat kereta aku..so ngan pertolongan dia..alhamdulillah, kami berjaya sampai ke tempat yang di tuju. tak ramai lagi peserta yang sampai..Subhanallah..deru ombak laut yang terbentang luas beberapa meter kat depan resort nie memang mengagumkan..namun dalam hati terselit sedikit kerisauan..bagaimana kalau teluk nie bolos?? nauzubillah...aku mencari buah fikiran yang positif..mustahil program nie dijalankan tanpa mempertimbangkan aspek keselamatan terlebih dahulu..

lepas jer abis mendaftar..kitorang check in n trus jer tukar baju..sbb sedikit masa lagi program akan dimulakan. penat tak hilang lagi..perut plak dah berlagu keroncong..huhu..tpi its okay, urusetia kata ada minum petang sementara tunggu peserta yang lain datang..hehe Alhamdulillah...

petang tu..kitorang diminta bertukar ke pakaian sukan..dan tgh2 terik matahari nak berlabuh tu kitaorang memulakan program..aikks..cam siok ba plak nie!! so sedikit demi sedikit aku mula bersikap terbuka dan mengikuti suma aktiviti pengisian dgn seikhlas hati n enjoy!! hahahaha...slot wacana minda yang pertama..sangat memberangsangkan..suma bersemangat mengikuti wacana minda..alhamdulillah..minda terbuka..rupanya aku berfikiran sempit selama nie..hahha baru sedar diri!! aku bersyukur sbb aku tak mendengar kata hati ku untuk menolak daripada join kursus nie..

slot ke-2...ke-3 dan seterusnya PKPK1-4..amat membantu..banyak perkara yang selama nie bkn aku sorang jer yang tak sedar malah rata2 keseluruhan peserta tak pernah perasan..ataupun perasan tpi sengaja buat2 tak tahu..kesimpulannya, sebab masa kita dilahirkan tanahair kita sda merdeka..so at certain part kita kurang menghargai kemerdekaan yang kita ada..kita lupa pada nilai2 yang ada pada rukun negara kita..tpi bila dah dgr wacana  minda nie..masyaallah!! betapa lalainya kita..sobss3x...hargailah apa yg kita ada..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran...^^



Sunday, February 24, 2013

Oh Hati....

aku melirik jam dinding..hish! mna budak nie tak balik2 lagi..kata pegi kejap jer..dah pukul 1.00 ptg batang hidung pun tak nampak lagi.." aku terus menyumbat kuih dada lenggang ke dalam mulut sambil melayan KPOP STAR 2..thank God my favourite contestant terpilih ke final stage. hehehe...yeah!! aja aja hwaiting Bong Yi Dam..you're the best!!
Jam dinding tu kemain jauh lagi dari sofa tu..tapi di sebabkan perasaan nervous semakin men'take over' hati aku..so aku jadi soooo sensitive!!! even bunyi detik jarum panjang pun aku boleh dengar..make sense ker? tak kan....tapi bila dah nervous tu apa pun boleh jdi..
"aikk tak siap lagi ker? kata nak pegi cabut gigi pukul 1.00, kemain kelam kabut lagi aku balik umah nie tup2 sedap jer ko santai depan tv nie"ciss..kus semangat!! hampir tersedak aku dibuatnya. "tak reti nak bagi salam ker? nasib baik aku tak sakit jantung." Amy membalas kata-kataku dengan muka monyok.DIa melabuhkan punggung di sebelah ku.  
" jdi ker tak nie?""jadi laaa..." jawabku pendek."jap lagi laa..aku nervous gila nie.." sambungku lagi. Amy menggelengkan kepala.
"dah tua camni pun takut lagi ker nak cabut gigi? buat malu kompeni jer."
"lantak la..ko ingat aku saja2 jer ker nak suru nervous nie datang?" aku bangkit masuk ke dalam bilik dan bersiap.

@ Klinik Pergigian..

tak ramai pesakit yang datang petang nie. Sedikit sebanyak perasaan nervous aku berkurangan. Omputih kata, 'under control'. hehehe...Sebab kalau pesakit ramai, of course level nervous aku makin naik. Aku menuju ke kaunter pendaftaran.
"akak nak cabut gigi ker? " soal gadis yang bertugas di kaunter tersebut. Aku senyum dan mengangguk. Dia meminta Kad Pengenalan serta menanyakan beberapa soalan lazim. ada alergik ngan ubat ker? pregnant ker? sakit jantung ker? kencing manis ker? haaa..semua nie standard procedure..sebab ubat bius yang diberikan akan bergantung kepada jawapan soalan2 nie. 
Sementara menunggu urusan pendaftaran selesai, aku sempat berkenalan dengan seorang pesakit yang sedang menunggu gilirannya.Akak tu kata dia dah tak sabar nak cabut gigi. Fuyyoo!! aku kagum. tapak tangan aku dah start keluar peluh dingin. tapi saja nak tunjuk berani. hahaha..Aku melabuhkan punggung di sofa. Alahai hati..bertenang laa..buat malu jer, nak cabut gigi pun takut!! huhu..Amy muncul.
 "dah amik giliran ker?" soalnya. aku angguk. Amy sekadar menggelengkan kepala bila tengok aku. rasanya muka aku dah naik pucat kot. hahahaseketika kemudian akak tu keluar sambil senyum. "dah ker kak?" aku bertanya."dah. tapi kna bius 2x..sebab mula2 tu sakit. " dussh...dup dap dup dap..jantungku kembali berdegup kencang.
"next week akak nak datang lagi. cabut yang kat sebelah atas plak. sakit la dik..tak larat akak nak tahan sakit gigi nie malam2..apa pun tak boleh buat." beritahunya tanpa di soal. Aku senyum angguk kepala. Semangat bebenor akak nie cabut gigi."Jangan risau la dik, doktor tu okay, dia cabut tak sakit. tapi doktor yang bertugas hari nie bukan doktor Asbullah, doktor lain. muda lagi tu."
opsss...Doktor muda???...toink..toink..harap2 la kata-kata akak tu btul.kedengaran namaku dipanggil. Dengan bacaan bismillah aku mengekori langkah gadis itu masuk ke dalam.Pandangan mataku menyapa raut wajah yang ada di dalam bilik tersebut. Hmmm...memang muda. bisik hati kecilku.doktor tersebut menyapa ku sambil tersenyum. dua orang pembantunya turut menghampiriku dan meminta supaya aku berbaring di tempat yang disediakan. mungkin disebabkan nervous, beberapakali hal2 yang agak lucu berlaku.
"dah banyak cabut gigi nie..masih takut lagi ker?" tanya doktor selepas habis membuat pemeriksaan. aku duduk sambil membetulkan kedudukan agar lebih selesa.
"ntah la doktor..saya pun tak tau kenapa tiapkali nak cabut gigi mesti nervous. cam nak pegi operate mulut jer."
doktor ketawa. Dia bertanya sekiranya aku sudah bersedia untuk memulakan prosedur. Tapi sebelum tu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, sekali lagi aku ditanya soalan2 lazim.
"ada alergik ngan ubat ker?"
"stakat nie rasanya takde. okay jer."
"diabetes? darah tinggi?"takde history plk..hehe.."
"so sekarang nie tak mengandung la?"
"oooooooo tidak!!"doktor tersebut ketawa. sekilas pandanganku terarah padanya. Hmmm...boleh tahan,..smart!! kekekeke...aku mengangkat ibu jari kiriku menandakan aku sudah bersedia untuk memulakan prosedur. Dia mengangguk. Lantas memulakannya.sesekali aku diminta untuk berkumur-kumur. sesekali dia berbual denganku. mungkin untuk membantu aku menenangkan diri. but sorry doctor..bukan nak bersikap tak sopan..tapi aku tak mampu untuk bertentang mata..hahahaha..takut nanti terjatuh hati plak..oopssss!! terlebih sudah...hehe..ooh hati..bertenanglah!! ( so setiapkali berbual dgnnya..aku hanya merenung lampu kalimantang kat siling klinik.)satu minit berlalu. fikiran aku mulai tenang sedikit. namun debaranku tetap begitu. sekali lagi aku membetulkan kedudukanku. Lampu kalimantang di siling klinik aku renung.
"dah boleh rasa kebas?"aku angguk kepala."kat sebelah mana?"tanpa berpaling memandangnya. aku sekadar menunjukkan kawasan yang aku rasa kebas menggunakna jariku. doktor mendekatiku dan memeriksa samada aku sudah benar-benar merasa kebas. bila dah confirm..dia menyoalku samada aku sudah bersedia. untuk beberapa saat aku cuba untuk bertenang. doktor berdiri dan meminta pembantunya menghulurkan alat yang digunakan untuk mencabut gigi tersebut. dia memintaku untuk meletakkan tanganku di atas perut dan bertenang sambil membetulkan kedudukan kepalaku. Bismillahirrahmannirrahhim...dia memulakan tugasnya.kepalaku bergoncang kuat. sesekali keningku berkerut. apsal gigi tak kuar lagi nie? hati kecilku berbisik.
"sorry ya..saya kena goncang kuat sikit sebab gigi kamu nie tak nak kuar.." ujarnya. aku hampir tersedak.hahahaha...
sekali lagi mengangkat ibu jari kiriku menandakan 'okay'.rahang ku terasa seakan turut tercabut. huhu...selepas beberapakli percubaan, akhirnya gigi aku berjaya juga di keluarkan. tanpa sedar aku melepaskan nafas lega. seolah-olah aku telah melepaskan bebanan yang berat. "finally..." ujarku tanpa sedar.
"sakit ker?" soal doktor tanpa memandangku. Aku melihat ke arahnya. namun hanya pandangan belakang saja yang menghadapku. dia sedang mencuci tangan di sinki.
"ermm..takdelah sakit sgt..masih boleh tahan." jawabku lepas seketika.
"kakak nak gigi kakak ker?" soal salah seorang pembantunya.
"tak nak.." kataku sambil ketawa. selepas mengucapkan terima kasih aku melangkah keluar dari bilik itu.ketika aku hendak membayar kos rawatan, doktor keluar dari dalam bilik rawatan. dia memaklumkan pembantunya dia hendak keluar sebentar. kami bertukar pandangan. tanpa sedar aku mengukir senyuman. Alahai...sejuk mata memandang. dia terlebih dahulu melangkah keluar dari klinik. seketika kemudian aku dan Amy meninggalkan klinik. sesekali Amy mengusik ku sebab takut cabut gigi. aku menjeling tajam. suka sangat la tu mengejek orang..
Tanpa sedar pandangan ku tiba2 terarah pada satu figura yang sedang menunggu peluang untuk melintas jalan. pause!!!.... ah! doktor itu...
Subhanallah sungguh beruntung sesiapa saja yang memiliki lelaki itu. Dia sedang melangkah menuju ke masjid daerah yang terletak berhampiran dengan klinik. lelaki seperti itu laa yang sentiasa diimpikan. Seseorang yang tidak mengabaikan urusan agamanya.(oh ya utk pengetahuan korang, masa aku cabut gigi tu kedengaran azan asar dr masjid)....

Saturday, February 9, 2013

relax...

sebelum dapat mood untuk buat tugasan2 yang terbengkalai..layan dulu citer korea "stay by my side, my love' sambil2 pekena coffee panas..hujan2 camni memang kna sangat la ngan coffee kan..
o ya...adik aku dah sampai dr kota marudu..n dia bawa balik KFcCCccccc...hohhoh...aissh br nak diet malam nie..sebab dah melantak nasi lemak kat sekolah tdi..ekekeke...takpe la malam nie exeptional!! ^^

kebelakangan nie byk hal yang berlaku..adakalanya saat kita beranggapan kita dah mencapai kestabilan hidup..kita diduga dengan situasi yang sama sekali di luar dugaan...keprcyaan yang selama nie menjadi ikatan  hancur berkecai..aaaHH~~ sedih..marah..geram..segalanya bercampur baur..tpi nak marah pun dah takde guna..untuk terima kenyataan lagi la payah...tersilap percaturan kerana iman yang lemah..Salah sapa?
salah faham mula tersebar..some people lebih suka dengar apa yang lagi HOT berbanding the truth..walhal situasi yang berlaku mungkin adalah sebaliknya..poor them!! tak patut dorang salahkan parents seseorang if something goes wrong with the kids...they already gave their very best while rising their kids..gave them education...the kids are not kids anymore..*sigh* dats life...unpredictable!!

i hope they will stay strong to stands up again..n move on ^^... Ya Allah, berikan kedua mereka kekuatan untuk menghadapi halangan yang mereka sedang lalui sekarang..sirnakan kekalutan yang melanda hati mereka..sembuhkan luka itu..Aamiin.

semalam aku bermimpi sujud lagi di dataran masjidilharam...subhanallah..sungguh aku rindu!! sekuat rnduku pada lembayung kaabah..dan ketenangan haramain..kedamaian raudhah..seteguh itu juga la keinginan ku untuk kembali lagi ke sana..berbicara dengan Maha Pencipta tanpa sebarang kebimbangan..Allahuakhbar!!
aku ingin kembali dengan diri dan hati yang lebih bersih dan lebih baik dr ziarah ku yang sebelumnya..mudah-mudahan akan dipermudahkan..Aamiin..

esok..my dad ngan my brothers akan bertolak ke daerah nabawan..menyunting bunga..^^ alhamdulillah..abang aku dah bertemu jodohnya..semoga jodoh mereka kekal hingga ke hujung nyawa..
Aku masih berharap dan menanti seruan jodoh ku..^^

tinggal beberapa jam saja lagi..kami akan bertolak ke kundasang, for the 1st time aku drive ke kundasang..so nervous!! tpi kesian plak ngan adik aku..dia dah janji ngan junior dia nak bawa gi kundasang..so dah takde jalan lain..kna la cuba nasib..hopefully perjalanan esok selamat...ermmm...entah knapa aku rasa tak sedap hati jr..sejak petang tdi aku asyik ketawa jer...nauzubillah!! janganlah ada apa2 yang tak diingini berlaku esok...

ermm...lagu nie aku br dgr petng tdi masa nonton KBS Music Bank..as expected from Huh Gak..his new album is worth listen to..i would gladly recommended his album 'Little Giant'..u gonna enjoy the songs..trust me..hehe






Friday, February 8, 2013

I..My..Me..Mine

Life is unpredictable...

"you can close your eyes to things you don't want to see, but you can't close your heart to the things you don't want to feel.."


we're the author of our life...when life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reason to smile...




Sunday, February 3, 2013

Assalamualaikum.......

selamat pagi suma...hehe nampaknya hari nie cuaca cerah..sesapa yang nak kuar jalan2..molek sangat la tu...tp pastikan jg jangan lupa sediakan payung kat dalam kereta ataupun beg..eheemm..bukan apa..bak kata pepatah melayu..panas yang terik jangan di sangka bertahan hingga ke petang..sapa tau tghari nnt hujan turun?? kan basah...pastu baru la terfikir..apsal la bodoh sangat tak sediakan payung..alahai..hehe...

semalam aku dah start masuk kelas balik..suprisingly..ketiga3 tutor kali nie happy go lucky n bule-ba-kalu-ko type..haha..we're lucky right? our first tutor currently undertaking her PHD..n d other 2 guru sekolah menengah..OUM takde lecturer tetap..mostly part timer..so tk heran la klu kebanyyakkan tutor kitorang guru sekolah menengah yang berpendidikan master..n lecturer kat ipg..

result sem lepas dah kuar..tpi GPA takde lagi..masi in progress..hmm, i'm a bit frustrated sebenarnya. sebab i just got 'B' for my fav subject...ermm...aku silap bg jawapan kot..takpe la, yg penting pass!! ekekeke...

hari nie bekfes simple jer..mamee cup perisa kari ngan hot coffee jer..sebab ujung minggu kali nie aku kat Cyber City...klu kat umah, konpom la menu aku sebungkus nasi pulut sambal kelapa..n kuih dada lengang..n op kos la..hot coffee..hehe...dada lenggang?? apsal ngan nama tu?..haha memang sejak zaman nenek moyang kita la kuih tu pakai nama dada lenggang..sebabnya..lepas acuan tu dah masak..pastu letak inti..haa...lenggang...tp knapa ada perkataan 'dada' kat depan..tak pasti lak aku :p tak abis buat research..hahaha

tak tau la apsal aku sambil lewa sangat sem nie..patut aku dah peluh dingin sekarang nie sebab a'ment dah 3 minggu masuk MyLMS..tp masi tak start buat lg..sekarang nie dah masuk 3 feb..14 mac dah kna submit..gila..gila..nie keja menempa maut namanya..isk3x..

ok..tutup citer pasal study..jom citer pasal lain plak..tp sebelum tu jom layan lagu nie dulu...

my fav song...aku tak pernah pun minat ngan group nie..tp sejak single album Rain Sound nie release..dah terjatuh cinta la plak...kekekeke...
o yaa...sesapa yang minat dgr lagu2 dr dunia kpop nie...kat bawah nie aku nak share beberapa lagu @ single album yang aku rasa memang berbaloi utk d dgr..hehe
1) B.A.P - rain sound
2) CN Blue - Re:Blue mini album (try listen to track no.1 & no.4)
3) LeeSSang - Tears
4) DMTN - safety zone single album
5) SNSD - I got a boy
6) G.NA - DOKKUN Project Part 2.. (listen to song 'beautiful days')
7) K.Will  ft Electroboyz
8) 2BIC - 24
9) Boyfriend - JANUS
10) SPEED - Superior speed album
11) Dynamic Black - Yesterday

sebelum nie aku pernah citer pasal 'The Idol & romantic'...hurmm..suprisingly JB change his mind at final selection..he choose seung ah!!!!!.he's such a bad boy..hahahaha...uh poor seung ah! but okay la..we can give JB some points..sebab dia berani ambil langkah utk bermula sekali lagi ngan seung ah...well, dia cuba untuk kembali pada masa pertemuan pertama mereka berdua..where he actualy fell for her...hehe..but ah~~ cross my fingers..nwei..good luck JB!! ^^

sekarang nie season 2 'The Idol & Romantic' dah dekat nak abis..aku xcited nak follow season 2 nie sebab Yewon ngan JongHoon..but, what it is??? ah~~~ betray..love triangle..gosh, i dont like this feeling..dissappointed with minhyuk..argh!! dah brapakali dia buat yewon terluka n kecik ati..i hope eunyoung will end up with kevin..toksah pikiaq la N tu..hahaha..episode malam nie..klu tak silap tgk preview..once again Yewon going on date with her admirer FT Island's JongHoon..hehe n Eunyoung with Kevin..ahhaha( happy to see they getting close) o ya..finally Minhyuk dapat peluang untuk kuar date ngan Jiwon..dah lama dia tunggu peluang nie..huhu..susah nak predict who will end up with who at final selection..tp yang pasti there will b a loooot of tears..hmmm myb..ahh~~~ nervous!! aikk terlebih sda.....hahaha