Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Monday, December 30, 2013

Part 1-2

sesekali aku melirik jam di tangan. Lambat lagi ker nak check in nie? getus aku dalam hati. UJ kelihatan santai saja. Sibuk bercerita dengan teman-teman lain yang turut menunggu untuk pendaftaran masuk.
"By, jom check kat kaunter kalau kita boleh stay satu bilik." UJ mengajak. Aku turut berdiri membuntuti langkahnya mendekati kaunter pendaftaran. Beberapa minit membuat pertanyaan akhirnya kami menerima jawapan yang mengecewakan. Pihak penyelaras sudah menentukan penghuni setiap bilik. Kami terpaksa menerima keputusan tersebut. 
tepat 12 tengahari, teman-teman yang lain mula memenuhi lobi hotel. Suasana riuh dengan gelak ketawa. Lama tidak bersua pasti kegembiraan terpancar dari wajah masing-masing. Tidak ketinggalan ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan saat tersebut dalam galeri foto mereka. oh ya!! aku masih menanti kemunculan wajah seseorang. siapa? hehe..bak kata Dato Siti Nurhaliza, biarlah rahsia..kekeke 'peace no war'. 

****
Alhamdulillah..sesi taklimat berjalan dengan lancar. Satu permulaan yang baik. Senyuman itu menyapa pandangan mataku. Sejenak aku mengukir senyuman walaupun tidak kelihatan di matanya. pa boo ya!! aku mengeleng kepala. 
Penyelaras memaklumkan kami akan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Hati berkobar-kobar ingin tahu siapa yang akan sekumpulan denganku. Sebaik sahaja masa rehat 30 minit bermula, cepat aku berdiri mencari nama. 
Hmmm...dia tidak tersenarai dalam kumpulan!! tapi....kenapa jantungku mula bertukar rentak? bukan rentak kecewa tapi seakan rentak kelegaan. aku berundur memberi ruang kepada teman-teman yang lain untuk melihat senarai nama kumpulan. 
" Ruby, ko satu kumpulan ngan sapa?" Along menepuk perlahan bahu aku. wajah kecewa aku pamerkan padanya. 
"kita tak sekumpulan la long! frust.."
Along menarik muka tidak percaya. "sapa yang nak satu kumpulan ngan ko? boring asyik2 muka ko jer aku jumpa." tanpa beralas Along menuturkan ayat tersebut. Namun akhirnya mengekek ketawa dihujung kata. Hana ikut ketawa. 
Aku melihat teman-teman lain berasak memeriksa nama masing-masing di kertas yang terpampang di dinding. Mujur tempat duduk yang aku pilih berhampiran dengan tempat tersebut jadi aku mempunyai peluang untuk melihat senarai tanpa perlu bersesak. 
Nama itu!! aku memainkan pen di jariku. Sedetik nama itu bergema dalam hati. Terasa rentak jantung berubah melodi. Apakah ini??
Haissh...tolonglah jangan!! aku punya amanah yang aku pikul sebaik menjejakkan kaki di daerah ini. Minda menafikan kehadiran nama itu di sudut hati. 

"Kak.." 
Aku menoleh ke arah suara itu. aku kah? 
"Kak Ruby.." Sekali lagi suara itu memanggil. Kini aku lebih yakin mengukirkan senyuman. Lantas Sheedah dan Zara mendekati aku. 
"kita sekumpulan kan.." aku mengangguk. 
"nasib baik korang ada. Kalau tak mesti kakak segan. Kakak tak berapa kenal ngan ahli yang lain." kataku. Zara dan sheedah ketawa perlahan. "takpe kak..kami nie pun bukannya biasa sangat ngan dorang. Tapi dorang tu okay kak. Jangan risau."
Kata-kata Sheedah serba sedikit mengurangkan perasaan nervous yang melanda dalam diam.

Ah! leganya. Aku merebahkan diri di atas tilam empuk dalam bilik hotel. Jam menunjukkan waktu sudah hampir menginjak maghrib. Kak Lia dan Kak Jun turut berehat sebentar melepaskan lelah. Kami sempat berkenalan di awal pertemuan tengahri tadi. 
awkward! itu yang boleh aku gambarkan bila berada bersama-sama mereka di dalam bilik tersebut. Mereka lebih berpangkat senior dari aku. Risau jika aku terlepas kata bila bersuara. Jadi aku lebih memilih untuk mendiamkan diri sementara menunggu masuk waktu maghrib. Telefon mudahalih Samsung Note II aku capai. Pesanan ringkas aku hantar kepada Gaeil. 
Sebentar kemudian aku mendapat balasan. Oh! dah azan. Cepat-cepat aku menyarungkan telekung. bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa. Meluahkan rasa syukur kerana memberikan kelapangan dalam setiap urusan sepanjang hari ini. Allahu Rabbi..Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Bulat mataku memandang Gaeil. "sorang jer??" aku mengulang kembali soalan padanya. Hati aku melonjak kegembiraan. Anggukan Gaeil menambah perisa. 
"boleh tak aku masuk bilik nie? janggal la ngan akak-akak tu." 
"Masuk jelah. aku pun takde kawan nie. lagipun ramai juga yang bertukar-tukar bilik. Rasanya takkan ada masalah kot." 
Kata-kata Gaeil membuatkan aku semakin bersemangat. 
"okay! betul ker nie ko tak kisah aku pindah sini?" soalku. Ingin memastikan sekali lagi.
"pindah aje la Ruby. No hal!" Dia ketawa kecil.
aku menunjukkan ibu jari ke atas. "okay. aku turun amik luggage."
Senyuman tak lekang dari bibir. Mujur malam itu kami tidak mempunyai sebarang aktiviti. mudah untuk aku memindahkan barang-barang ke tingkat 6. 
Sebaik selesai menguruskan semuanya, aku kembali merebahkan tubuh. Mata terasa berat. Namun pemandangan langit dunia yang dipenuhi taburan bintang berkelipan membuat aku terleka sebentar. Subhanallah alhamdulillah wa la ilahailallah allahu akhbar..indahnya! puji-pujian kepada Allah Yang Maha Kuasa. 
aku menoleh ke katil Gaeil. Dalam kesamaran cahaya lampu aku lihat dia sudahpun dibuai mimpi. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada keesokkan hari. Amiin. 
Pandanganku kian kelam. Selamat Malam wahai dunia. 

No comments:

Post a Comment