Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Monday, December 30, 2013

Part 1

aku mengetuk dahi sebaik talian telefon diputuskan. Sms yang diterima minggu lepas menerjah kotak fikiran. Betul la kena pergi kursus..! aku mencongak sesuatu dalam minda. sesekali kepala yang tidak gatal digaru. Akhirnya satu keluhan berat dilepaskan. Peperiksaan akhir belum lagi selesai, satu amanah sudah muncul. Pen dijari dimainkan tanpa sebarang arah. Aku menyandarkan tubuh ke belakang.
"langsung takde masa nak rest..dah kena perah otak lagi, hmm."
Hilang mood untuk mengulangkaji. Sedangkan masih banyak topik yang belum disentuh. Lantas telefon dicapai. icon Message ditekan. satu pesanan ringkas dihantar.
Tidak sampai 5 minit menanti, telefon berbunyi menandakan ada pesanan baru diterima.
"yeah! they text me about it this morning. sorry, forgot to buzz u." Ringkas saja balasan yang dihantar. Namun mampu membuatkan aku melepaskan nafas lega. Alhamdulillah! sebaris perkataan itu meluncur laju keluar dari bibir.
Langsir bercorak abstrak menegak berwarna putih dan berlatar belakangkan warna biru langit aku selak luas .Hujan gerimis sedang membasahi bumi. Nafas dalam aku tarik. Menghirup udara lembap dari kawasan bukit yang berhampiran yang masih utuh dengan habitat asalnya tanpa ada sebarang bentuk penerokaan. Tekak mula terasa ingin menghirup kopi panas. Kaki mula melangkah ke dapur. Segelas mug dicapai dengan 1 pek kopiko LA Coffee 3 in 1. Air panas sudah pun tersedia. Aroma kopi memenuhi ruang tamu. Sengaja aku duduk di situ. Air kopi yang masih berasap dihirup perlahan ala-ala iklan Nescafe di TV3. Aku tersenyum sendiri. Ada hati ingin jadi model. Tak sedar diri langsung!! hehehe..
Samsung Note 8.0 aku capai. SPlanner dibuka. Kembali mencongak dalam fikiran. Nampaknya banyak rancangan yang perlu aku ketepikan. Mujur juga aku tidak membeli tiket penerbangan untuk bercuti ke mana-mana. Kalau tidak, pasti rugi.
Selepas menduduki kertas terakhir hari sabtu nanti, aku kena mengemas barang untuk bersedia bertolak ke keningau pula. Kursus yang bakal aku hadiri adalah penting untuk masa depan kerjaya aku. Jadi, kenalah berkorban. Tidak kisahlah dengan apa yang bakal aku lalui disepanjang program tersebut. Apa yang pasti ianya akan menjadi mini reunion tidak langsung untuk aku bersama teman-teman yang lain. Ah! rindunya. teringat kenangan sewaktu menuntut di IPG dulu. Apa khabar mereka sekarang?
Mesti banyak cerita yang bakal mereka kongsikan bersama. apatah lagi ramai dikalangan mereka yang jarang sekali bersua muka atau berkomunikasi di laman sosial. Mungkin disebabkan kesibukan menguruskan keluarga masing-masing. Inilah masanya untuk mereka mengeratkan semula silaturrahim yang kian pudar dek kekangang tugas dan peredaran waktu.

******
"Semua barang dah siap kemas ker?" Ibu menjenguk ke dalam bilik aku. Anggukan kecil aku tunjukkan padanya menandakan aku sudah melakukannya.
"Tidur awal. Esok nak kena bertolak awal. Takut jam nanti." peringatan ringkas dari ibu. aku sekadar menunjukkan isyarat 'OK' . Ibu berlalu masuk ke biliknya.
Aku mempercepatkan pergerakan mengemas barang-barang ke dalam bagpack yang turut akan dibawa esok. Jam meja berbentuk epal sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Ah! sedikit lagi. Kelopak mata sudah terasa memberat.
sebaik sahaja selesai, pantas aku bangkit mematikan suis lampu. Lalu membaringkan tubuh yang sedikit lenguh. Perasaan gembira melonjak dalam dada. Tidak sabar untuk menanti hari esok. Kelelahan selepas menduduki peperiksaan akhir seperti telah hilang. Biar dingin bayu di banjaran crocker nanti menghapus sisa lelah itu dan menyapa hati yang sekian lama membeku.
Bismikallahu ahya wa amuts.....

Excited!! itulah perasaan aku ketika ini. Seperti biasa, laman sosial instagram dibuka. Nak update status!! chewah...Samsung Note 8.0 dibuka. icon instagram ditekan. Snap! berpuashati dengan gambar yang diambil aku lantas menulis caption kemudian menekan butang post. Perasan jadi artis untuk beberapa saat.
UJ melambaikan tangannya ke arah aku. Kami perlu bertolak segera. Jalan yang akan kami lalui adalah jalan yang merentasi banjaran crocker. 1st time in my life!! aku berdoa panjang dalam hati. mudah-mudahan perjalanan kami dipermudahkan dan kami selamat tiba ke destinasi.

satu jam lebih dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di perkarangan Hotel Perkasa, Keningau. Di sinilah kami akan menjalani program transformasi minda. Sebaik membayar tambang teksi. Kami menarik bagasi masing-masing masuk ke lobi hotel. Weird! takde orang yang sambut ker? kebiasaannya bukankah ada pekerja hotel yang akan tolong sambut kat pintu masuk hotel @ tolong angkat barang? kat sini takde pulak service macam tu. Kami berehat seketika di sofa yang terdapat di hadapan kaunter pendaftaran. Memandangkan kami masih belum dibenarkan untuk check in, sengaja kami lepak di situ sementara menunggu. Lagipun malas untuk keluar ke mana-mana. Letih!.

No comments:

Post a Comment