Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Tuesday, March 13, 2018

our battle fighting that damn cancer

Kanser...mmg terkenal sebagai PEMBUNUH dalam diam..aku bukannya menyalahkan takdir cuma hati aku runtun bila tengok mak melawan penyakit ni..since 2010!! satu tempoh yang agak lama..banyak hal kami tempuh. Sungguh !! aku kagum dengan semangat mak lawan sakit dia..

2005..mak kehilangan anak sulung dia disebabkan sakit yang agak rare dalam dunia perubatan. masa tu kami baru berumur 23 tahun.. Aku baru saja menamatkan study aku kat Selangor..arwah pula dah start krja sambilan sebagai programmer di wawasan plaza..walaupun kami lahir tahun yang sama..tp visi hidup dia lebih jelas..dia tahu apa dia nak buat...sedangkan aku masa tu masih terkial-kial mencari halatuju hidup aku..dan i am nerd..and introvert... masa high school dlu aku pernah join sesi kaunseling, sebab aku rasa diri aku pelik. Tp teda apa pun yang berubah sehinggalah arwah kakak 'pergi' tinggalkan kami. since then hidup aku berubah 360 darjah.

2009...aku tukar profession..daripada bidang administration kepada education..aku anggap itu semua takdir..dan aku mula keluar daripada kepompong yang selama ini tempat aku bersembunyi. but then..in 2010 mak call..bagitau dia disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Hanya Tuhan yang tahu macammana perasaan aku masa tu. Aku menangis masa bercakap ngan mak tpi aku cuba tahan sendu..sebab aku tak mau mak tahu aku menangis. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pada tahun yang sama.. Guru Besar sekolah tempat aku mengajar juga adalah salah seorang pesakit kanser.. dia adalah seorang wanita yang kuat. aku kagum dgnnya.. bila aku bagitau dia pasal mak..dia banyak bagi petua dan nasihat ngan aku. So sedikit sebanyak aku agak kuat untuk bagi sokongan ngan mak untuk melalui fasa2 yang rumit sebagai seorang pesakit kanser.

Januari 2011..aku kerap berulang alik dari kudat -> Kota Belud -> Kota Kinabalu / Kota Kinabalu -> Kota Belud -> Kudat sebab mak perlu menjalani pelbagai ujian untuk menentu jenis rawatan yang perlu dia jalani. Mujur waktu tu aku sda memiliki kereta sendiri dan mampu drive jarak jauh. Jarak perjalanan antara 3 daerah ni bukannya dekat..tpi disebabkan mak, aku tak rasa penat pun. Bukan aku teda adik beradik..tpi waktu tu semua adik aku masih lagi belajar. Adik yang bongsu masih lg bljr di sekolah menengah. aku sorang jer yang ada driving license.

Mak kuat...dia tabah menjalani semua ujian yang doktor pakar bagi. Kekadang aku nangis tgk dia..tpi aku tak brani tunjuk yang aku lemah..aku pun perlukan sokongan..banyak kali aku igt ngan arwah..aku selalu fikir..andai saja arwah masih hidup masa tu..mesti semuanya lebih terurus...astaghfirullah al 'azim..aku jahil!! aku lupa Allah itu sentiasa ada untuk hamba-NYA..sentiasa mendengar permohonan hamba-NYA..

Dalam tahun yang sama..Mak mula menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 sesi. Doktor kata jgn risau sangat sbb kanser mak baru peringkat awal..mujur dapat detect awal..so risiko tu agak sedikit. Mak tabah dan redha jer. Apa doktor sarankan semua dia ikut. Bila dia kuat..aku pun kuat.
Aku temankan mak kat hospital tiapkali dia menjalani rawatan kimoterapi.. lepas 2 sesi..rambut mak mula gugur..emosi jangan cakap la..turun naik.so sabar jer la..layankan saja..kna marah tanpa sebab pun senyum jer..awal2 lagi doktor sda warning pasal tu..so kitorang mmg dah ready ngan perubahan tu.

penghujung tahun 2011..mak menjalani major op untuk buang sel kanser yang tumbuh kat pangkal rahim dia. Masa doktor pakar minta kebenaran dan explain pro dan kontra sebelum dan selepas op, bapa tak nak masuk sbb masa tu dia masih lagi fobia ngan kehilangan arwah kakak dlu. Nk jejakkan kaki ke hospital pakar tu pun dia nak tak nak jer. So, aku yang kna masuk dgr semua explaination dktr..sign surat kebenaran op. Bukan mudah untuk aku.

2012...lps Op, alhamdulillah..permohonan aku untuk bertukar tpt bertugas diluluskan. Aku ditempatkan di sekolah d daerah kelahiranku..hanya 20 minit daripda rumah. Lebih mudah untuk aku mengurus keperluan  & rawatn mak. Allah swt mempermudahkan proses rawatan mak dan urusan perpindahan ku. Selama hampir sebulan kami berkampung di hospital Likas..Lepas Op..mak kena menjalani rawatan kimoterapi semula untuk memastikan semua sel kanser tidak ada lg. So dalam bulan Mac..kami buat plan untk pegi umrah. Semangat mak semakin kuat untuk sihat sbb dia nak sangat pegi umrah..katanya dia rindu untuk solat di Tanah Haram..dia ceria tiapkali cerita pengalaman pegi haji tahun 1998.  Kami adik beradik apatah lagi..tak sabar nak pegi..tulah pengalaman pertama kami untk menjejakkan kaki ke tanah haram dan paling best..kami pegi oversea..hahaha

Rawatan kimoterapi mak selesai penghujung april 2012. Semua dokumen perjalanan pun dah setel masa tu..tinggal tunggu tarikh untk berlepas jer lagi.. So bila doktor pakar sahkan mak dah ok..dan takde masalh untuk pegi umrah..bayangkanlah betapa excitednya kami masa tu. Bersyukur sgt2!!!

2012-2016...mak masi ada appointment d klinik Ob & Gyn. Untuk pastikan dia clear daripada sel2 kanser. Daripada sebulan sekali kepada 3 bulan skali then 6 bulan skali..doktor sahkan mak semakin sihat. Aku ada sorang kawan..mak dia seorang pesakit kanser payudara. doktor yang rawat mak dia pernah cakap..kalu pesakit kanser tu 'clear' dalam tempoh 5 tahun..bermakna dia dah sembuh sepenuhnya. risiko re-currence pun agak tipis.

Kami berharap sangat kata2 doktor tu btul. Tapi tak smua pesakit kanser tu bernasib baik..Mak kembali sakit pada tahun ke-5.

2016..mak kerap keluar masuk wad. Bermula dengan demam yang kerap dan teruk. Then..jangkitan kuman dalam kencing..berhari2 mak kena tinggal di wad dan kena letak dalam pemantauan doktor.
Tapi mak masi kuat lawan sakit dia..masa tu majlis kenduri kahwin adik semakin dekat. Mak lawan sakit dia..dia sibuk buat persediaan untuk kenduri adik. Sungguh!! aku benar2 kagum ngan semangat mak. MUngkin juga semangat nak terima menantu tu yang buat dia kuat. lagipun adik laa anak mak yang pertama kahwin. Dlu arwah kakak cuma sempat bertunang jer..dia pergi dlu sblm sempat buat majlis kahwin.

Lepas kenduri kahwin adik..mak kena demam teruk lagi..bisul tumbuh kat perut dia.. kesian mak, tak tau macammana mak boleh bertahan sepanjang buat majlis tu..aku tahu mcmmana sakitnya bisul tu..sbb aku pernah mengalaminya. Allahu Akhbar!! kami diuji lagi bila doktor sahkan kanser mak datang blk..re-currence yang kami risaukan berlaku jg. kali ni..sel kanser tumbuh berhampiran tulang pinggul mak..tempat yang mmg susah untuk di bedah.

Mak terkejut..kami semua terkejut..tapi mak redha, Katanya Allah sedang uji kami semua. Dia kuat..kami pun kena kuat. uwaaaa~~~~ dalam diam aku nangis semahunya.

SEkali lagi...ulang alik hospital likas dan jadi penghuni wad tgkt 5 Bilik kenanga jadi rutin kami setiap minggu. Cuma kali ni..rawatannya sda bertambah. bukan setakat kimoterapi tetapi radioterapi jg. selama sebulan kami menetap di apartment kami di Bandar sierra..dekat sedikit jika berulang alik ke hospital likas. lagipun mak kna menjalani rawatan radioterapi setiap hari..dan kimoterapi seminggu sekali. So..bila mak start rawatan...aku mula berulang alik pegi keja dari Kota kinabalu -> Kota Belud dan sebaliknya. Mak kerap demam panas..kadang2 tak bermaya langsung..tpi mak kuatkan semangat lawan penyakit tu.  Masa tu bulan puasa..penat tu memang penat..pagi bawa mak buat rawatan radioterapi..pastu tghari kna bersiap pegi keja..aku kna bertolak awal sebab kna drive lebih kurang hampir 70 lbh KM ke tpt kerja. Allah memudahkan segalanya. rawatan mak berjalan lancar..rakan sekerja aku pula sangat memahami keadaan aku..

Kami cuma diberi cuti 1 hari saja iaitu pada hari raya pertama..raya kedua kami beraya kat hospital. satu pengalaman yang mmg tak pernah terlintas di fikiran aku. Mak steady jer buat rawatan dia. dia lebih tenang dan mampu kawal emosi dia berbanding tahun 2011 dlu. walaupun kekadang ada jg masanya mak melenting..tahankan saja.

November 2016...result CT scan mak kurang memberangsangkan. Doktor tak puashati sebab tompok kecil sel kanser masi ada kat situ dan tiada apa yang berubah selepas rawatan kimoterapi dan radioterapi. Cuma doktor kata..sel tu tak aktif..tak berkembang dan tak merebak. So it is kinda good news untk kami. dan pesan untuk kami sentiasa berhati2. tak aktif tak semestinya takde risiko. I'm urge to remind you, cancer is a SILENCE KILLER.

2017...kesihatan mak ada turun naiknya. Mak masi aktif buat apa dia yang minat. Dia tak nak dibelenggu tittle PESAKIT KANSER. In March, aku dapat offer untuk bertukar tpt bertugas. kali ni sebagai Pegawai perkhidmatan Pendidikan d Unit pep. Sekiranya aku terima tawaran ni..bermakna aku akan bertugas d kota kinabalu dan tinggal berjauhan dgn mak. Sukar utk aku buat keputusan. Mak pula berbelah bagi untuk bagi kebenaran. Bapa kata kalu itu yang terbaik untuk masa depan aku..dia benarkan aku terima tawaran tu. lepas berfikir panjang dan buat solat sunat..mak akhirnya bagi persetujuan dgn syarat.. kna temankan dia tiapkali dia ada appointment kat klinik pakar dan tiapkali dia menjalani rawatan.

mmg berat hati untk tinggalkan mak..tapi aku percaya..pasti ada hikmah disebalik semua ni. we plan but Allah is the best planner. Allah takkan uji hamba-NYA diluar kemampuan hamba tu. Bila aku dah start bertugas d tpt baru..adik pula dapat kelulusan untuk berpindah tempat bertugas d kota belud. Allah gantikan tempat aku ngan adik. kali ni adik pula yang tinggal bersama mak kat kampung. so aku tak risau sangat ngan keadaan mak..sbab adik ada utk tengok2kan dia ngan bapa.
Aku cuma pulang tiap hujung minggu.

Oktober 2017...keputusan rawatn mak kurang memuaskan..so doktor pakar cadangkan kami untuk buat PET scan di Putrajaya Kuala Lumpur. we prepared for the worse. kebetulan adik baru saja melahirkan anak..dia tak dapat temankan mak ke sana. Aku kakitangan negeri..bukan mudah untuk aku dapatkan waran tiket bawa mak ke putrajaya. banyak prosedur kna buat. berbeza ngan adik yang keja federal.. isi jer borang secara online..minta tolong kerani uruskan ngan federal hse..tada!! dah dapat kelulusan. Aku pula kena turunkan pejabat urus itu ini. kena ulang alik pejabat jbtn ketua menteri dan federal hse. mujur dapat bos dan rakan sekerja yang amat bertimbang rasa. dorang bagi kelonggaran ngan aku utk keluar berurusan.

Dalam bulan yang sama, kami ke putrajaya. Mujur juga ada adik yang bekerja dan menetap d KL. so banyak urusan mudah untuk diselesaikan. Waktu d sana..ada 1 hal yang buat aku sangat menyesal dan menangis. Aku tak tau mak tak bawa minyak zaitun yang dia selalu minum dan urut lutut dia..Mak memang ada masalah sakit lutut. Dan minyak zaitun keluaran Olive House tu mmg serasi ngan mak..bila dia amalkan minum ngan urut lutut dia ngan minyak tu..alhamdulillah, dia boleh jalan jauh tanpa bantuan kerusi roda. Aku cuma request perkhidmatan kerusi roda masa pegi blk gate pelepasan ngan gate ketibaan..aku tak pernah jejakkan kaki d KLIA 2..selama ni aku cuma kat KLIA jer. Allahu Akhbar.

lepas selesai PET Scan di putrajaya..kami bergegas ke KLIA 2 untuk pulang ke kota kinabalu. nasib baik aku sempat tukar flight..so kami masi ada masa untuk makan dan berehat sebentar. Bila tiba di KLIA 2, adik tak dapat parking yang berhampiran dengan pintu masuk. Untuk memudahkan mak, kami terlebih dahulu turun dan berjalan ke sendiri ke tingkat pelepasan. Oleh sebab itu kali pertama aku jejakkan kaki di KLIA 2..beberapakali kami berpusing di tempat yang sama. Bukan aku tak bertanya..tpi beberapa orang pekerja KLIA 2 yang aku jumpa..semuanya bkn local..mereka adalah pekerja bangladesh..which is tak brp lancar berbahasa melayu..aku tgk arah anak panah kat sign board pun mengelirukan.

Mak dah penat berjalan. Dia banyak kali give up berjalan..lutut dia sakit sangat. Aku nak nangis tengok dia..tp aku tak dapat buat apa..nak papah dia berjalan..tangan aku dah penuh..tgn kanan tarik beg pakaian kami berdua..tgn kiri pula kepit sampul CT scan Film..which is mmg tak muat dalam beg dan mmg tak boleh lipat..bykkali kami berhenti berjalan..aku pujuk mak untuk jalan
 pelan2...mak nangis..dia tak tahan lutut dia sakit.

kat tgkt atas blh dapatkan kerusi roda..tpi jarak utk ke kaunter pinjaman tu bknnya dekat..dan aku tak sanggup nak tinggalkan mak sorang2 kat bawah..macammana kalau2 ada orang ragut dia atau apa2kan dia..thats y aku terus pujuk mak untuk teruskan berjalan..biar lambat asalkan kami sama2 naik ke tkgt atas. Yang paling menyedihkan..kat sepanjang perjalanan kami ke tingkat pelepasan..aku tak nampak satu pun kerusi untuk duduk. kesian mak....nasib baik orang ramai klu tak mmg aku dah meraung nangis kat situ. Aku pimpin mak ngan tgn kiri. sampai kat eskalator..mak ok sket sbb tak perlu berjalan. bila sampai kat kaunter mall untuk pinjam kerusi roda..staff tu kata tak boleh bawa msuk ruang kaunter pelepasan. blh guna sekitr mall jer. mak kecewa lg.

Adik pula tak sampai2 lagi...aku kna check in luggage dan urus kerusi roda mak untuk bergerak dari ruang pemeriksaan keselamatan ke pintu berlepas. Aku tny mak kalau dia boleh stay dan rest kat Mc Donald sementara aku berurusan. Mak kata ok..so aku bawa mak masuk Mc Donald dan belikan dia bubur ikan dan kopi..blh la dia isi perut sementra aku pegi berurusan. risau memang risau tinggalkan mak sorang kat Mc D tu..tp aku yakinkan diri..Allah itu Maha Pelindung. Hasbunallahi wa ni'mal wakeel..

selesai check in dan urus kerusi roda mak..aku kembali ke Mc D..aku tgk adik pun dah ada ngan mak..lega..

lepas makan..kami gerak ke dalam ruang legar kawasan menunggu sementara tunggu panggilan untuk pemeriksaan keselamatan..emosi mak pun perlahan2 ok..dia tenang..cuma dia agak penat. tengah malam kami selamat tiba d KKIA.

2 minggu kemudian..kami terima keputusan PET Scan...doktor kata sel cancer dah merebak ke hati dan paru2..walaupun mak kata dia redha dan tenang..aku tau dalam diam mak nangis..cuma dia tak nak kami nampak dia lemah. Dia selalu cakap..bila dia dah takde nnt..kami tetap kena kerap balik kampung..berkumpul adik beradik. jangan berpecah belah walaupun masing2 dah ada komitmen ngan keluarga sendiri.

Mak tak nak terima rawatan kimoterapi..dia kata dia dah penat keluar masuk wad..cucuk jarum..dia nak guna rawatan alternatif..makan suppliment...kami tak nak paksa dia..sebesar mana keinginan kami nak tengok dia kembali sihat..kami tak nak tgk dia tak bermaya disebabkan rawatan tu semua.

so doktor respect keputusan mak..cuma dia berpesan..sekiranya mak rasa sesak nafas atau batuk berdarah..dia kena cepat2 pegi hsptl dan terima rawatan kimoterapi. kmi pernah pertimbangkan pembedahan sekali lg tp ianya bukan pilihan yang baik. risiko terlalu tinggi. dan kemungkinan mak takkan selamat semasa pembedahan tersebut.

Januari 2018...ujian yang kami terima semakin berat. Mak mula batuk berpanjangan..banyak kali kami bawa ke klinik untk dapatkan rawatan..batuk mak tetap tak sembuh. kekadang mak tiba2 demam. tahap kesihatan mak kembali tak menentu.


Februari 2018...mak tiba2 sesak nafas..cuma tak kerap..kmi bawa mak ke klinik..doktor kata mak ada asma..terkejut..sebab sblm ni mak tak pernah ada asma.. dah paru2 mak disyaki ada air. sbb tu batuk mak tak sembuh2 jg walaupun dah byk kali dptkan rawatan.. review kat klinik pakar pula lama lagi..22hb feb. so mak bertahan jer ngan ubat yg ada. ada sedikit perubahan selepas mak diberi ubat buang air dalam paru2. dia mampu bergerak bebas tanpa rasa semput. we taught that is a good sign..we dont know what coming next is the worse!!

selepas review mak ngan dktr pakar pada 22hb FEB..dalam tempoh 2 minggu..mak kerap sesak nafas..2x masuk emergency room..day by day..it is getting worse..mak kna insomnia. bila dia tak dapat tidur..dia jadi lelah dan makin lemah. until 1 day..kitorang bawa mak buat x ray kat klinik swasta..sbb nak tunggu 14hb mac utk appointment CT Scan lama lagi. keadaan mak pula makin lama makin lelah.

result xray??? doktr sahkan paru2 sebelah kiri mak berair dan dah rosak teruk..subhanallah!! kami speechless..br 2 minggu lepas doktr kata okay..kmi tak percya..so kami minta pendapat kedua dr dktr yg lain..jawapan yg sama kami perolehi.. doktr kata paru2 mak tak terima oksigen yng mencukupi sebab tu dia kerap sesak nafas. dia tulis surat rekomen mak masuk wad kat hospital. Mak akur.
adik maklumkan aku melalui whatsapp..aku pula waktu tu tgh outstation..blk kk jer aku trus drive blk kota belud. Mak nampak lemah..doktor bgitau..air di paru2 mak perlu dikeluarkan spy mak blh bernafas dgn baik. Mak setuju. So..petang hari sabtu yg lalu..dktr berjaya keluarkan 1/4 air dalam paru2 mak..tp kptsn x ray mak malam tu masi tak byk perubahan.

12 mac 2018..sekali lg mak menjalani prosedur buang air kat paru2...kali ni dktr berjaya keluarkan 1.7L..dktr happy..katanya insyaallah esok mak dah blh discharge..keadaan mak tak brp ok..rasa tak sedap badan lepas prosedur kedua td. Aku harap mak tak demam..dah takde after effect yg lbh teruk. paru2 mak rosak sbb sel kanser dah merebak..so bila2 masa paru2 mak akan berair lgi..selagimana dia minum air. ini yang merisaukan..bila mak kurang minum air..buah pinggang dia cepat saja kna jangkitan kuman..bila minum air..paru2 pun yg terjejas.

Allahu Rabbi...



Tuesday, September 12, 2017

Sekadar cerita


Sesekali aku berhenti menaip, mata berpinar akibat terlalu melihat nombor yang perlu di key in dalam data. Tidak selesa dengan keadaan badan yang kurang sihat. Kepala terasa agak berat dek selesema. Jika bukan kerana tuntutan tugas..awal2 lg sudah pasti aku memohon cuti. *sigh* 

Ofis agak sunyi pula hari ini. Semua pegawai kat unit sebelah sibuk buat persiapan terakhir untuk majlis pertandingan esok. Aku? hihi tugas aku ringan jer. Urus hadiah so turun jap make sure everything on stage tu ok..aku naik la balik. Lagipun takde benda apa pun yang aku boleh tolong lebih2 kat dewan tu. 

**bip..bip** (msg masuk dalam apps whatsapp) **sebenarnya bunyi ringtone msg aku bukan la bunyi bip tu..hahaha main bubuh jer**

"deq, get all documents ready and ask Leman put the box in company's car. Esok adeq ganti abg. semua info abg text once we touch down." ~along

aku tepuk dahi. ayyoyo along!!! aku dah la kurang sihat sekarang ni. Batuk + selesema...kna suru pegi outstation pula on short notice. Along kata ada kerja lain yang lebih penting yang dia perlukan selesaikan dengan segera. So mau tak mau aku kena pegi jg. 

Ni kali kedua aku kerja luar daerah sejak masuk ofis ni kira-kira hampir 6 bulan yang lalu. aku masih belum biasa bagi talk ngan orang ramai. Confidence level tu still need some improvement. hihi..tpi bak kata Along ngan Ummi...tak cuba bila lagi nak improve. haaaaa tu diaaaa..

"orait. noted." aku reply seringkasnya. *msg sent*

Sejak semalam aku rasa tak sedap hati. Kelopak mata kiri dan kanan asyik berdenyut. Okay mungkin korang akan cakap "percaya benda tu tahyul @ syirik". Aku takdelah percaya 100% tpi kebiasaannya klu kelopak mata aku berdenyut tak kira atas atau bawah ada sesuatu yang akan berlaku. tak kira la benda tu baik atau buruk. Contoh ~ last 2 weeks..masa kluar dari ofis dalam lif (ofis kitorang d tgkt 9) kelopak mata bawah sebelah kiri berdenyut. Aku dah start rasa tak sedap hati. tup2 sampai kat parking...tayar kereta aku ppancit weiiiii...nasib baik geng2 jejaka sado blm kluar kawasan ofis lg so sempat la minta tolong tukar tayar. citer tu tak abis takat tu... check spare tyre..takde angin pulak daaaa....nangis tak berlagu den. Along ngan Oz beria2 ketawakan aku. masa kat Ofis tadi kemain konpiden aku citer tukar part itu ini.. mcammana bab tayar aku boleh terlepas pandang. Nasib baik kereta kitorang bertiga sama jer jenama..hihi so Along ngan rela hati pinjamkan aku spare tyre dia. Along ngan Oz ni la adik beradik aku kat ofis. Jdi takdela dorang sampai hati biarkan aku tak dapat pulang umah. hari dah la gelap. azan maghrib pun dah lepas..serammmm tinggal lama2 kat area ofis. 

Harap2 takde apa2 la yang berlaku. lepas asar tadi aku call umah kat kg. Alhamdulillah semua orang sihat. selawat jer bebanyak. fikir yang positif semoga takde apa yang berlaku. Aamiin..




Tuesday, September 5, 2017

reality vs ilusi


Bukan semua yang kita impikan tu mampu digapai..dan bukan semua impian yang mampu digapai seindah yang kita angankan....rasa happy bila dapat buat kerja yang sesuai dgn jiwa kita tp permainan kuasa memusnahkan segala rasa...terikat..tergantung tak bertali..gitewww,😀 hahahaha (ketawa dalam kesengsaraan)

hampir 6 bulan aku duduk keja kat tempat ni...aku selalu ingatkan diri untuk jadi diri sendiri.( i mean jangan suka mengampu orang untuk dapatkan apa yg kita nak..@ sanggup jdi pak turut mcm kerbau ditarik hidung walaupun sedar hal tu tak betul..big boss kata kita keja buat macam resmi padi..makin tunduk makin berisi..bukan tunduk membabi buta.. klu kita tidak mampu menongkah arus..turutkan saja alir arusnya tp hati2 jangan sampai hanyut..makanya belajar berenang!! haha) hebatkan pesanan big boss..kekekeke...pikul amanah yang dibagi dengan ikhlas..tpi langit tak selalunya cerah. hasad dengki itu sering menghampiri..kita buat keja elok2..orang lain gi kondemm apa kesss?? allahu akhbar..pakai songkok kat kepala tp hati tak secerah kulit wajah..ada saja yang dikomplen..ada saja yang x betul pada pandangan mata..

kekadang aku sedih tengok umat islam sekarang ni..apatah lg orang2 yang berada di atas dan bertanggungjawab menjulang tinggi kedudukan agama islam di mata masyarakat. nampak dari luar..subhanallah, kita tengok pun sejukkkk jer hati...tpi bila dah kerja sebumbung..mak oiii...terkezut den...fitnah berleluasa..apatah lg penyalahgunaan kuasa..masyaallah, i'm speechless..tak sangkanya hal sedemikian rupa terselindung di sebalik songkok hitam atas kepala...tsk...tsk...tsk

aku heran..dorang bukannya tidak tahu hukum tapi masih juga mengagungkan kuasa sehingga sanggup mengenepikan perdamaian hanya semata-mata untuk menunjukkan "AKU LEBIH BERKUASA"..padahal dihadapan khalayak kerap mengucapkan Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Adil...tp sebagai khalifah yang Allah kurniakan akal dan fikiran di mana keadilan yang anda sering ungkapkan??? pabila Hati melebihi Akal..maka bersorak la syaitan melihat perbalahan dua orang yang bersaudara..


Thursday, March 2, 2017

0959pm...

Assalamualaikum dunia..

looking at my last post, its been a while i'm not into blogging.. ☺rindu untuk menulis lg..terkadang banyak hal yang terbuku dalam hati dan fikiran mengundang kuat keingingan untuk mencoret sesuatu tp acapkali masa tidak mengizinkan. Dalam tempoh 2 tahun yang berlalu banyak perkara yang berlaku..dalam tempoh aku membina kerjaya dan impian menyebabkan aku kurang ambil perhatian pada setengah hal di persekitaran ku.
aku masih punya minat menulis dan ulat buku yang tegar..cuma mungkin genre itu perlahan-lahan kian berubah. Aku fikir mungkin faktor usia yang kian meningkat lebih mempengaruhi bahan bacaan yang menjadi pilihan setiap kali aku berada di toko buku. Satu hal yang aku sedar, aku lebih cerewet apabila memilih buku yang hendak di baca. Jika dlu, pantang nampak novel..tangan ku lebih laju bertindak berbanding minda ku..hahhaahaha asal tajuk dan sinopsis menarik aku tidak kisah tentang harga..hinggakan mama dah mula membebel tiapkali melangkah masuk ke dalam bilik ku..katanya lantai bilik dah tak seimbang dek timbunan buku yang banyak di setiap sudut. Aku hanya mampu tersenyum. ralat untuk berpisah jauh dengan timbunan buku tu. hihihi sorry mom..

2015....

boleh dikatakan aku agak selesa pada tahun ni..tawaran demi tawaran aku terima..hasil kerja aku makin diakui. Allah ya Allah, aku benar2 bersyukur..dalam tahun ni juga aku diberi rezeki untuk bertamu lagi di Haramain...Tanah Suci yang sentiasa dirindui oleh umat islam di seluruh dunia. Masyaallah..Tabarakallah.. setiap ziarah ku mempunyai ceritanya tersendiri.
Kali ini aku bertekad untuk melakukan yang terbaik dan sedaya upaya membuat persediaan yang lebih baik berbanding perjalanan yang sebelumnya.
photo matahari terbit di ambil semasa dalam perjalanan dr KLIA menuju Madinah.

perjalanan kli ni agak istimewa sbb 1.) ini kali pertama kami menaiki kapal airbus milik MAS (teruja naik kapal 2 tingkat..hahaha) 2) ini perjalanan terakhir adik ku sebagai seorang wanita yang single ..sebaik kembali dr umrah, dia akan melangsungkan perkahwinannya..which is wedding pertama dalam family kami. bapa dan mama agak teruja untuk menerima menantu pertama mereka. 
3) penerbangan kli ini juga akan mendarat di Lapangan Terbang Madinah..bermakna kami terus memasuki tanah haram dan dengan menggunakan bas, perjalanan ke hotel hanya memakan masa 1-2 jam sahaja untuk sampai. satu lagi pengalaman yang mengujakan. 
Umrah 2015 merupakan satu perjalanan yang amat bermakna buat ku...namun umrah 2012 tetap teristimewa. 

Perjalanan ziarah ku pada tahun ni menyedarkan aku tentang banyak hal..Allah ya Rahman, jauh benar aku terleka dengan kehidupan ku...walhal Engkau selalu memberi peringatan..aku kerap menurut emosi dan menolak kata hati. Sedang Engkau lebih Maha Mengetahui apa yang lebih baik buat ku..

Wahai jiwa yang lalai, 

Maka nikmat Allah yang manakah hendak engkau dustakan?


2016..

Syaitan tidak akan pernah lelah dalam melemahkan hati manusia untuk tunduk dan patuh pada kehendak mereka. Hati yang punya iman setipis kulit bawang pasti akan kerap berbolak balik. Mujur ada teman yang sering mengingatkan...saat menghadapi sesuatu yang menguji iman di hati..jangan pernah menyalahi takdir atau keadaan atau apa jua sekalipun...tp kembali la pada Allah..istighfar...jika tidak mampu bersujud, berzikir la..ingat, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi apa yang mampu..Jangan pernah berputus asa..Allah tidak bagi apa yang kita minta..tp Allah bagi apa yang kita perlu. 

Sebagai anak perempuan sulung, adakalanya memberi tekanan pada aku. dalam setengah perkara aku perlu bertolak ansur walaupun jiwa memberontak aku juga perlu kebebasan. Aku juga punya impian..dan aku juga ada jalan kehidupan yang sudah aku rancang demi masa depan aku. Tapi acapkali aku terpaksa dan dipaksa mengalah sehingga perkara itu menjadi tabiat. Adakalanya dalam memenuhi kehendak mereka....mereka terlupa aku juga punya kemahuan ku sendiri. Aku juga inginkan kebebasan untuk diri ku sendiri. 

Mereka sudah punya kehidupan mereka sendiri..kenapa harus mengikat kaki ku untuk terus memerhatikan segalanya?? saat aku bersendirian, adakalanya aku ingin lari jauh dari kepompong ini..bukan bermaksud aku ingin melepaskan tanggungjawab ku..tp aku perlu ruang untuk bernafas. Tahun demi tahun berganti...aku masih lagi di sini..aku lelah..mereka tidak memahami..sering berbuat sesuka hati mereka..demi kepuasan mereka..tiada siapa mendengar..apa yang aku inginkan...






Friday, May 30, 2014

fantasi vs realiti part 1

Aku kesat peluh yang mengalir di wajah dengan tuala kecil yang sengaja aku sidai di rak berhampiran pintu bilik. aku berdiri di situ meneliti setiap ruang kecil kamar milikku. Otak mula ligat memikir idea untuk mengubahsuai ruang bilik yang sudah hampir 3 tahun tidak pernah aku usik dekorasinya. Kertas dinding bercorak bunga ros kecil berwarna ungu sudah hampir pudar. Habuk kelihatan di sana sini seolah sudah bertahun bilik tersebut tidak dihuni walhal setiap hari bilik itulah yang menjadi kamar peraduanku.

"apsal tercegat kat depan pintu nie?" Ezza, adik keduaku menegur. Dia menjenguk seketika ke dalam ruang bilik.
"aku tengah fikir cammana nak ubahsuai bilik nie..bosan plak aku tengok barang-barang berlambak sana sini." jawabku.
Ezza ketawa kecil. "tulaaa..bilik kecil tapi barang..ya ampun, boleh sumbat 2 stor tau!"
aku menghantar jelingan tajam. Ezza buat tak nampak. selamba saja dia duduk di birai katil saiz queen milikku.
"Bilik ko nie bukan besar sangat pun..ko nak ubahsuai macammana? pusing mana pun memang takkan muat semua barang-barang ko nie..baik sedekahkan jer separuh ngan jiran2 sebelah."
"aku sayang la nak bagi kat orang..novel-novel tu semua ada sentimental value tau ngan aku..sejak sekolah menengah aku kumpul. Ingat senang ker nak lepas macam tu jer?"
Ezza melepaskan keluhan. dah agak dia memang akan cakap macam tu..bukan sekali dua dia bagi cadangan tu, dah beratus kali kot..semua hampeh! masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"kalau dah macam tu..toksah berangan la nak ubahsuai bilik nie." Ezza bingkas bangkit keluar dari bilik lalu masuk ke dalam biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilikku.
Aku mula merangka pelan ubahsuai menggunakan mata dan minda ku..ceh! macam la terrer sangat. aiassh napa la aku tak ambik course interior design dlu..kan senang. he...he...he...citt berangan lagi!
okay, lets back to the original plan. Hp Samsung Note II yang terletak di atas meja kerja aku capai lantas melayari internet. Nak tanya uncle google dekorasi2 yang sesuai untuk saiz bilik yang agak minima.
sejam..dua jam berlalu..banyak yang berkenan dihati tapi perlukan ongkos yang lebih daripada bajet yang aku ada..alahai..takpe, buat perlahan-lahan.
Done!! aku pilih satu gambar dekorasi dari beratus pilihan yang dipaparkan oleh uncle google.
aku senyum sendiri melihat pilihan ku. Kembali bersemangat untuk mengubahsuai bilik. you just wait annnd see Ezza, he..he..he..
###
aku berehat seketika sambil bersandar pada bingkai jendela sambil menikmati tiupan angin sepoi bahasa. walaupun tak banyak ruang yang boleh diubahsuai, namun aku agak berpuashati dengan hasil tanganku sendiri. mujur cuti sekolah sudah bermula. Begitu juga dengan universiti masih lagi bercuti. Next week, aku akan mula kuliah semula. perjalanan aku masih lagi jauh. pengajian aku masih berbaki 2 tahun. Aku tidak pasti apa yang akan berlaku di masa depan tapi aku sentiasa berdoa agar semua impian aku bakal tercapai. Bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang yang berkerjaya dan dalam masa yang sama turut bergelar pelajar. Usia pun bukannya muda lagi. Masa yang berlalu tak mungkin akan kembali. So, aku kena merancang kehidupan aku sebaik-baiknya.

Knock...knock on the door!.
aku menoleh ke arah pintu. Ezza berdiri di situ sambil membawa 2 mug minuman panas. Aku memberikan isyarat padanya untuk masuk. Aroma OldTown White Coffee menusuk hidung. Dia menghulurkan 1 mug kepada ku. Lalu melabuhkan punggung ke kerusi meja kerja ku. seketika dia memerhatikan suasana bilikku yang sudah berubah wajah walaupun hanya 80% dari keadaan asal.
" boleh tahan juga idea ko nie."
"well...thanx to uncle google yg banyak bagi aku idea."
"ko simpan mana novel-novel lama ko? tak nampak pun kat rak tu." Ezza menjuihkan bibirnya ke arah rak buku yang terletak berhampiran jendela.
"aku letak dalam kotak. aku plan bila ada rezeki lebih nanti..aku nak buat mini library kat tingkat bawah. Pastu aku nak letak semua novel-novel tu kat sana." aku senyum sendiri bila membayangkan impian itu diruang mataku.
"ha'ah..aku pun ada juga plan nak buat macam tu..mama pun setuju juga kalau kita nak buat mini library kat tingkat bawah tu. Senang sikit nak jaga buku-buku tu katanya. Lagipun buku-buku abah tu dah banyak rosak asyik kena pindah sana sini."
aku mengangguk tanda bersetuju.
"dah la..aku nak sambung buat kajian aku. kang bising plak Dr. Mahani tu kalau lambat email kat dia. faham2 jelah dia tu. semua nak kena on-time".
Ezza meninggalkan aku sendirian. "thanx for the coffee, sis! " laungku dari jendela bilikku.
"okay!". kedengaran suara Ezza menjawab dari biliknya. aku senyum sendiri. Coffee yang masih berasap nipis aku hirup sedikit. Alhamdulillah...
Aku capai novel Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne dari rak buku.
Masa mengemas rak buku tadi, aku terjumpa novel nie. tak ingat dah plot cerita nie tapi teringin pula nak baca balik lepas ternampak iklan kat tv. Novel nie di adaptasi ke drama series yang akan ditayangkan pada setiap hujung minggu pukul 6.00-6.30 ptg. bila cari2 info kat uncle google jumpa la ngan poster nie kat salah satu blog.
tengok barisan pelakon pun boleh tahan juga. tak boleh nak bagi komen lebih2. kena tengok dulu okay ker tak..aku harap best la..he..he..he
jam berbentuk apple di atas meja kerja menunjukkan pukul 4.45 petang. Coffee yang masih berbaki cepat2 aku habiskan. seketika aku merenung langit yang agak mendung. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akhbar! Engkau Maha Besar.. terima kasih kerana memberikana kedamaian dan ketenangan seperti ini dalam kehidupanku.. :) 

Rindu yang tertangguh


Janganlah bersedih wahai jiwa..sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada' dan qadarnya. pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Mengikut perancangan awal..beberapa jam dari sekarang kami akan berlepas ke Jeddah..menunaikan ibadah umrah untuk ke kedua..persiapan telah pun dibuat..namun panggilan daripada pihak Tabung Haji 2 hari lalu merobek harapan yang menggunung tinggi dan menangguh rindu yang telah lama dipendam..
Visa untuk ibadah umrah dibekukan sehingga musim haji berakhir..insyaallah, pada bulan Disember nanti kami berpeluang untuk meneruskan niat yang tertangguh itu. 
2 hari telah berlalu, namun kesedihan masih menyelubungi dilubuk hati...Ya Allah, aku tahu ini ujian dari-MU..beri aku kekuatan untuk terus redha dengan setiap ketentuan-MU...

Subhanallah!...
Menurut mereka, wabak Mers-coV yang sedang melanda penduduk arab saudi semakin merebak..dan untuk keselamatan jemaah dari negara luar..visa dibekukan buat seketika..
Ya Allah, panjangkahlah usia kami sehingga waktunya kami kembali ke sana...menjadi tetamu-MU yang istimewa di antara berjuta manusia di muka bumi ini.
Ya Allah, izinkan aku terus mendampingi-MU...merasai kasih-sayangMU..bimbinganMU sehingga detik waktu ajal ku dijemput menemuiMU..

Ramadhan kian mendekati..Ya Allah, panjangkanlah usia kami sehingga kami bertemu dengan bulan mulia itu. kami hamba yang sarat dengan dosa mengimpikan sinar bahagia...

Ya Allah, jangan lalaikan aku dari mengingatiMU, jangan jauhkan aku dariMU..jangan Engkau tinggalkan aku sendirian menghadapi hidup ini..Ya Allah..

Tuesday, April 8, 2014

hallo..XD


berhabuk dah blog nie..lama tak update :) tetiba malam nie rajin plak nak menaip. okay, lets check it out..hehe
minggu nie aku berkampung kat aparment jer, cuti seminggu sebab exam kat OUM..2 paper dah lepas..tinggal satu subjek jer lagi..tpi hari khamis..so malam nie boleh la rest sket..2 malam dah stay up..rasa macam nak throw up jer sbb tak cukup tidur..
dok duduk kat ruang tamu nie..terfikir plak nak browsing uncle google..ari tu ada terbaca artikel kat allkpop pasangan pelakon 'My Girl' Lee Da Hee & Lee Dong Wook..THEY'RE BACCCCCK!!! bergandingan semula untuk drama baru..hehe suka sangat ngan gandingan mantap dua artis nie..lakonan da boom!! keke
Okay, dipendekkan citer, kat gooddrama.net dah upload 2 ep drama dorang nie..tjuk 'King Hotel'..well, nampak mcm boleh layan drama nie..best!! recommended..hehe
Lama dah tak donlod drama korea nie sejak dah sambung bljr nie..masa selalu jer packed! kekadang tu nak buka notebook nie pun malas..keke..tapi kali nie memang rajin la buka notebook setiap ujung minggu sebab nak donlod drama nie..

oh owwwh!!..bunyi guli tu dah mai daaaaa..
.beberapa malam nie takde plak bunyi..haissh..setau aku umah kat atas tu ada penghuni..apsal plak ada bunyi tuuuu...aku pernah terbaca dlu..klu ada bunyi guli berjatuhan waktu malam tu tanda ada kehadiran.'sang penghuni ghaib' tu..awww seram!! dah la aku sorang jer kat umah nie..huhu..



jemput minum :D ...

time2 macam nie..sodap jg layan secawan coffee..aku dah hilang idea nak tulis apa..tadi kemain semangat lagi..macam mencurah-curah plak idea..tpi bila dah buka..aduhai dah lesap plak..tsk..tsk..tsk..
oh ya..baru2 nie aku beli buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' pemuda yang syahid di bumi turki..subhanallah..aku kagum dengan peribadinya..membaca kisahnya sahaja cukup untuk membuat hati kecilku bergetar..alangkah mulianya perjuangan dan cita-cita beliau..sungguh! bertuahnya kedua ibubapa yang memiliki anak seperti arwah. 
ada banyak lagi buku yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku..setiapkali itu aku menyimpan azam untuk melakukan yang terbaik..tapi perjalanan untuk ke arah itu takkan pernah semudah yang kita fikirkan...kerana iblis takkan pernah membiarkan kita kembali pda Al-Haq!! dia telah berjanji di hadapan Allah SWT bahawa dia tak akan pernah berhenti untuk mengoda manusia berpaling dari jalan kebenaran. Allahu Akhbar!! bukan mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan..tapi kita boleh berusaha kan? daripda tak buat apa2 langsung..awal2 lagi dah give up!! iman manusia selalu diuji..
pagi semalam my bestie msg..buku yang aku order ngan dia dah sampai..tak sabar nak baca 'Kandil di Kaki Gunung' hasil tulisan penulis yang aku kagumi sejak balik dari tanah suci 2 tahun lepas..lagipun exam pun dah nak habis..teringin nak jumpa ngan penulis nie bila sampai di bumi madinah nanti..tpi wujud ker peluang tersebut? wallahua'lam..aku hanya mampu berdoa..
insyaallah..takde aral melintang..penghujung Mei nanti , aku akan kembali lagi ke sana..untuk berziarah kali kedua..Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan Allah swt untuk kembali lagi menjadi tetamu-NYA di haramain..doakan perjalanan ziarah kami ke sana dipermudahkan..