Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Wednesday, December 25, 2013

Di Penghujung Kembara 2013

Lagi 5 hari 2013 akan melabuhkan tirainya..dunia akan menyambut kedatangan tahun baru 2014..kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan..sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang tp Allah SWT yang menentukannya..life is unpredictable!! itu yang selalu aku ingatkan dengan diriku sendiri..terkadang kita kalah dengan percaturan takdir..dan terkadang kita mampu tersenyum kerananya..apa yang berlaku terkadang amat jauh bertentangan dengan kehendak hati..pedih..pilu..keluhan kedengaran merintih..kenapa dan mengapa!! tpi sedarkah kita..bahawa takdir yang Allah tentukan untuk kita sebenarnya lebih indah dari apa yang kita dambakan? kerna Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang..

 Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   
  ( Al-Baqarah: 286)
Ujian itu sebenarnya anugerah daripada Allah SWT. 
...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” 
(Surah a-Talaq: 2-3)

#Throwback
Hmmm...perjalanan kembara hidup aku di tahun 2013 lebih banyak kepada pemantapan kerjaya aku..kursus..bengkel..study..loads of assignment..family..boleh dikatakan jadual sentiasa packed!! stress? of course always be there..tp Allah sentiasa ada bersama..kasih sayang-NYA sentiasa menyentuh hati..
kita takkan pernah jadi yang sempurna..sebab yang sempurna hanyalah Allah SWT. Bila aku ingat balik aku yang dulu..banyak hal yang aku kesalkan..tapi orang kata..pengalaman adalah guru yang paling berharga buat kita..aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri..tp aku hanya manusia biasa yang rapuh..terkadang tersungkur..menjunjung kata hati yang bersifat duniawi..Allahu Rabbi...bimbinglah aku agar sentiasa kembali kepada-MU dan mentaati-MU..
Percayalah pada Cinta Allah..saat aku kembali mengenal cinta-NYA..subhanallah..aku mula merasakan ketenangan yang aku cari..adakalanya sakit dan perit bila apa yang kita inginkan tidak mampu kita gapai..tapi saat kita meletakkan pengharapan itu pada-NYA..alhamdulillah ketenangan itu takkan boleh kita nyatakan dengan kata-kata..
Tahun 2013 boleh dikatakan penuh dengan kejutan..3 orang ahli keluarga aku melangsungkan pertunangan dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat..Alhamdulillah..aku tumpang gembira :)
banyak ceritera yang pernah aku lalui..aku hapuskan sedikit demi sedikit..buat apa menyimpan kenangan yang perit untuk diingati..hidup ini indah jika kita menghargainya, bukan? dalam erti kata yang lain, aku sebenarnya malas nak fikir suma benda tu. Aku doakan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka yang pernah membahagiakan aku suatu ketika dulu. Percayalah, aku amat menghargai kehadiran kalian..
Kedukaan sentiasa mennjenguk kehidupan kita..kalau gembira memanjang macam tak best la pulak kan..so, terima la apa adanya..tapi make sure buat penambahbaikan. That is really important!! kita takkan pernah maju kehadapan kalu sentiasa berfikiran negatif dan hidup seperti katak bawah tempurung..XD so pandai2 la bawa diri..paling penting sentiasalah ingat ALLAH SWT..sekuat mana pun kita berusaha kalu membelakangkan ALLAH..takde maknanya hidup..
tahun nie dah masuk tahun ke-2 aku mencurahkan bakti di daerah sendiri..kekadang aku rasa macam takde thrill bila dok daerah sendiri nie..kiri kanan depan belakang orang kenal kita..silap langkah habis dicanang satu kampung!! tapi yang bestnya..banyak benda free!! bule save budget..heheheheh
memanglah pengurusan kat sana agak sloppy!! what to do? unless pentadbiran berubah..klu tak sampai bila2 kualiti kerja makin merundum..hmmm...
sekarang nie dah pun hampir ke penghujung disember..sket jam lagi birthday aku..Tetttt!! makin tua daaaa...hahaha tak sangka kan..masa cepat berlalu..rasanya seperti br jer 26 dis 2012..sekarang nie dah hampir 26 dis 2013..
Sebelum pergi ke sana aku pernah bermimpi..mimpi yang aku hampir lupakan kerana kesibukan yang menuntut sepenuh perhatianku..kini, mimpi itu kembali mengamit hatiku..aku takut untuk kecewa lagi..namun percaturan Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya. beberapa minggu sebelum aku selesai menduduki peperiksaan akhir di OUM..aku menerima panggilan daripada teman memaklumkan kami perlu menghadiri kursus transformasi..Ya Allah!! tanpa sedar aku mengeluh..penat memerah otak menghadapi peperiksaan tak hilang lagi dah kena pegi kursus pula..dan tempat berkursus bukannya dekat..tapi di keningau..
demi kerjaya..penat takpe asal semuanya menjamin masa depan..aku tak pernah terfikir untuk merasakan semua ini pada waktu itu..aku hanya ingin menemui teman-teman lama sewaktu di IPG dlu...dah of course i felt slight of an excitement bila fikir yang aku akan bertemu dengan teman yang menarik perhatian aku kebelakangan ini..namun tak pernah aku menduga apa yang terjadi adalah sebaliknya..orang yang selama ini tidak pernah tersenarai dalam kamus hidupku tiba-tiba muncul...saat meneliti senarai nama ahli kumpulan..tentunya aku sedikit kecewa bila orang yang harapkan sekumpulan denganku, tiada!! entah kenapa bila terpandang sebaris nama itu..bibir mula mengukir senyuman..hati merasa tenang..legakah aku? aku dan dia, tidak pernah bertegur sapa..hanya kenal sebaris nama..yang dulunya adalah salah seorang rakan seperjuangan di IPG..
bila aktiviti kumpulan mula dijalankan..minda tak sempat menimbangkan apa yang patut dilakukan..segalanya berlaku secara spontan..hatiku mula terasa bahangnya..auranya tepat mengena..aduhai hati!!
satu hal yang mengejutkan..teman2 memilih dia untuk dipasangkan dengan aku..sekali lagi aku terpana...
Hati mula bertukar rentak...bagaimanakah pengakhirannnya?? aku tidak tahu..
aku teringat kata-kata seorang penulis yang aku kagumi..novelnya membuat aku berfikir tentang apa yang aku rasakan saat ini..
"Jika dia untuk saya..saya pohon Allah bukakah pintu hati dia untuk terima saya. Cinta itu datang daripada Allah SWT, kalau hilang pun Allah juagalah yang boleh menarik perasaan tu.." Fawwaz ~13 Jam A380.
Aku pilih...
Untuk terima....seadanya
Untuk faham..sepenuhnya
untuk bertahan...semampunya
Untuk mencinta...sesungguhnya
Untuk teruskan..bersamanya
Untuk setia...sampai syurga
Andai dia tercipta untukku....... :)


No comments:

Post a Comment