Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Saturday, January 11, 2014

Bahagia?

Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang bahagia. am i right? aku sendiri menafsirkan bahagia itu mudah untuk digapai. Melihat senyuman yang terukir di wajah orang kesayangan saja sudah aku labelkan sebagai bahagia. Ataupun dapat menerima dan menghadapi ujian hidup dengan tenang dan penuh kesabaran tanpa keluhan dan sentiasa beranggapan itu adalah tanda kasih-sayang Allah SWT pada aku adalah satu kebahagiaan.
Semalam aku mengunjungi pameran buku yang diadakan di salah satu shopping mall yang agak terkenal di Kota Kinabalu, 1Borneo Hypermall!! satu tempat yang sering aku kunjungi tiapkali pulang ke bandar tersebut. Dek penangan minat yang tinggi, aku pejamkan mata untuk membeli beberapa buah buku yang menarik minatku walaupun aku bakal berdepan dengan masalah 'overbudget' sementara menunggu the next pay day which in two weeks more!! auwch...parah.
Novel ' Cinta Untuk Di sewa'!! not bad..my bestie said, it is good choice. oh! really? 
so, mulai lepas isyak tdi aku dah letak ' DO NOT DISTURB' sign kat pintu bilik aku. Nak concentrate baca novel nie. 
hmm...plot novel nie byk menyerupai kisah aku. seolah-olah aku sedang membaca diari lama aku. Okay, it is old story, my past..and i don't live in there anymore. Mudah untuk mengatakannya tapi untuk melupakannya adalah sukar. Tapi, Alhamdulillah..i can moved on..sesuatu yang patut aku syukuri. Apabila terfikir teman-teman yang traumatic ngan pengalaman cinta yang ala2  ' touch & go', aku rasa bertuah kerana masih mampu terus melangkah dan bersedia menghadapi masa depan. satu satu perenggan yang buat aku berfikir panjang. "Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun janji Allah...manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah."
Ya, aku pernah mengalah bila 3x aku gagal mengapai bahagia yang aku idamkan. 

Pertama : Dia cinta pertama aku...menjadi sahabat istimewa padanya mengundang rasa bahagia. tpi semakin ianya berakar umbi di dalam hati, aku mula dibayangi ketakutan bakal kehilangan dia di semenjak kami meneruskan pengajian di tanah semenanjung. Persahabatan kami kian rapuh. Hati aku sering dilukai tanpa sedar. Keliru. Siapa dia...dan siapa aku dalam perhubungan itu. keegoan kami mendominasi. sehingga saat aku pergi..segala rahsia hati turut terkubur. biar tangisan menjadi peneman saat kapal terbang MAS meredah awan biru takkan mampu mengembalikan apa yang telah ditinggalkan KLIA. Naluriku saat itu benar belaka. itulah pertemuan terakhir kami. jasadnya lenyap dari pandangan mataku tapi namanya tetap terpahat dalam hati dan kamus hidupku sampai akhir hayatku...kerana dia telah mengajar aku tentang apa itu cinta. 
dengar khabarnya, kini dia telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya. Alhamdulillah. :) 
'Mencintai tak semestinya memiliki' isn't it? :D

kedua : Selama 3 tahun mengenali dirinya, daripada seorang pelatih..aku menjadi sahabatnya. Dia banyak mengingatkan aku pada cinta pertamaku. Dalam diam, aku menaruh harapan!! i guess i was naive at that time. he was somebody's boyfriend at that time, man!! gosh, what am i doing?? well it is not entirely my fault okay..u know when a man in a relationship, then he ada conflict with the girlfriend..dia akan cari the person who closer to him (well.sometimes it is.depends on personaliti orang tu juga kan..ada juga orang yang suka pendam masalah sorang) so, dalam kes dia nie..i don't know why and sampai sekarang aku tak pernah faham kenapa dia pilih aku out of his long list bestfriend..of course i am thankful for that..hehe..rasa lebih dihargai dan penting..hehe but, i am more younger than him..love experience? zero..
tak tau la macammana aku boleh jadi doktor cinta dia plak nie..hmmm..tapi rasanya aku yang silap makan ubat bukan dia..kalu tak, takde la aku boleh pula tangkap suka ngan dia..tak pasal-pasal persahabatan kami jdi umpan kepada perhubungan mereka. His girlfriend jeles ngan kewujudan aku..(bab yang nie dia sendiri yang cakap..bukan aku yang prasantan!! hehe) dipendekkan cerita..dia nie memang fall head over heels ngan gf dia...memang la sakit.. aku taubat tak nak rapat ngan bf orang dah lepas nie..aku mengundurkan diri..move on beb~! mujur juga aku dapat transfer sepertimana yang aku harapkan..so bye-bye!! almost 5 tahun dah berlalu..believe it or not..kami masih contact each other..walaupun boleh dikira dengan jari..for some reason aku tak boleh tinggalkan dia macam tu saja or he will lose his path...of course he still with his tittle 'in relationship with...' :) kerana tanggungjawab aku masih menjadi sahabatnya, walaupun ada teman pernah kata 'a man and a woman can't never be just a friend'..

ketiga : aku dah letak prinsip dalam kamus hidup aku pada saat aku menandatangani surat perjanjian tersebut. aku takkan biarkan emosi menguasai aku lagi..tapi percaturan Allah, tiada sapa yang pernah tahu. Aku kembali diduga dengan mainan emosi. tiada intro..kami menjadi rapat. lebih kurang seperti yang ke dua..label kepada persahabatan kami ada ' teman tapi mesra'...dia terlalu berahsia dan akhirnya mewujudkan perasaan asing dan menimbulkan salah faham. akhirnya kisah kami berakhir tanpa sebarang penutup. sendiri buat kesimpulan..sepertimana ianya bermula tanpa intro..maka ianya berakhir tanpa penutup. Haru juga!! gara-gara dia aku menangis teruk,,dah lama aku tak nangis mcm tu lepas berpisah ngan cinta pertama aku. not even masa kakak kembar ku meninggal..aku masih boleh bertahan dan berlagak kuat. tapi kali nie aku benar-benar tewas. well, thanx to him..sebab frust, aku shopping giler!! and the most expensive thing i bought that time was Samsung Galaxy Note II!! haishh can't believe myself such a fragile and silly?..hahaha

Orang kata lagi..pengalaman akan mematangkan diri kita..hmmm, it is true!! jangan menangis kerana ianya telah berakhir tapi senyumlah kerana ianya berlaku.:)

#flashback


'Ruby, aku nak carikan jodoh untuk ko'.
uhukk...aku tersedak. gelas yang berisi air sirap bandung aku letakkan semula di atas meja. Hana menghulurkan tisu kepada aku. Pandangan mataku padu menentang wajah Along. Gaeil mengulum senyum. begitu juga Liana. Dorang berpakat ker apa nie?
'ko tak nak ker?' selamba saja Along mengajukan soalan. dia tak tau ker dia dah bom aku dengan satu kenyataan yang bombastik lagi melastik jantung aku tdi.
"Along nak aku jawab apa?" soalan aku jawab dengan soalan. Relaks Ruby, jangan cepat melatah.
"ala Ruby, setuju jer..along kalau dah cakap macam tu tandanya dia serius."
Liana mencelah. perlahan mengunyah makanan yang baru disuap ke dalam mulut. Hana angguk mengiakan.
"korang semua nie berpakat ker? apsal aku pula jadi topik nie?"
 masih tidak puashati dengan kenyataan ala bom atom Along. nak carikan aku jodoh? huh, biar betul along nie. Tiba-tiba aje..
"jangan mengelak Ruby, u know what i mean, and i so damn serious about it!"
okay, Along dah cakap omputih. tandanya dia benar-benar serius. aku menguis nasi di pinggan. kelihatan senyuman mengherot Along. Dia tahu makna diamku.
"pukul 3 sebelah kiri." tiba-tiba Along bersuara memecah suasana senyap di meja itu. kami memberikan tindakbalas spontan pada kata-katanya.
O..M..G..Along nie ada sixth sense ker?
"tula calonnya". Along menuturnya selamba. aku pula ternganga. how could it be? orang yang sama!
"we'll talk about this later, Along." aku memberikan kata putus. aku menunjukkan jam tanganku pada mereka. Menandakan kami perlu beredar ke dewan sekarang. Masa menyelamatkan aku.
renungan tajam Along aku buat tidak tahu. pantas aku mencapai kot dan buku nota seraya berdiri.
"Ruby, si dia tengah tengok tu..jangan serius sangat." usik Hana. aku tepuk dahi. Tak habis lagi!
aku mengorak langkah menghampiri lif. esok-esok aje la aku senyum. boleh ker macam tu?

***
Sampai di tingkat 6, Along memulakan sesi ceramah tak rasminya. Gaeil sibuk menyelongkar handbag mencari kunci bilik. Hana dan Liana menjadi pendengar setia. aku pula kalut. Fikir macammana nak melarikan diri. Tapi kalau dah Along yang beri ceramah jangan harap berjaya.
"apsal buat muka serius macam tu tdi? dah baik-baik kitorang bagi peluang dan ruang macam tu tak pakai. cepat aje nak balik bilik." Along merengus perlahan. alahai serius bebenor kes along nak carikan aku jodoh nie.
Aku senyum sumbing. "segan la along. tak tau nak respon macammana.awkward!"
"cuba-cuba la borak ngan dia..aku tengok macam dia pun nak dekat jer tu. Ko aje yang asyik lari,"
"kitorang borak apa. Along dah lupa ker kitorang satu kumpulan? tak caya cuba tengok esok."
Aku berdiri dimuka pintu. Buat-buat muka penat dan mengantuk.
"esok aku nak tengok perubahan! senyum..tegur..beramah mesra. full stop! tak nak denga alasan segan."
itu dia arahan mandatori Along dah keluar. aku yang terkulat-kulat menghadam kata-katanya. Along siap buat muka poyo tinggalkan aku di situ dan berlalu menuju ke biliknya. Hana dan Liana sengih tunjuk gigi. Aduii, misi apa pula nie.
aku masuk ke dalam. lega rasanya dapat merebahkan tubuh di atas tilam empuk. lengan kiri aku letakkan di atas dahi.
"along bagi misi ker?"
aku mengeluh perlahan. "bukan setakat misi aje. tapi arahan bertaraf mandatori." ujarku perlahan.
Gaeil ketawa kecil.
"buat aje la..sapa tau dia la yang dimaksudkan dalam mimpi ko tu."
aku bingkas bangun. mimpi! ah..mulla...mulla..esok jer aku fikir.
"nak tidur dah ker?" aku pandang Gaeil.
"napa ada nak story ker?"
aku geleng. Gaeil capai telefon mudahlalihnya. Mula melayari internet. Mungkin membaca berita yang tidak sempat ditonton tadi gara-gara aktiviti berkumpulan yang perlu dijalankan.
Selepas membersihkan wajah dan menyediakan pakaian untuk esok, aku kembali merebahkan tubuh di atas katil. seketika aku terfikir tentang kata-kata Along. Bolehkah aku melakukannya? Ya Allah, jika ini ujian untuk ku..Engkau berilah aku kekuatan dan petunjuk. Aamiin..
"Selamat malam Gaeil." kataku antara dengar atau tidak. kelopak mataku kian memberat. Pantas hatiku membisikkan doa tidur sebelum aku benar-benar terlena. selamat malam bumi Allah.