Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Monday, December 10, 2012

Cinta..


ermm...tak banyak aku boleh katakan tentang cinta..sebab aku sendiri tak pernah bercinta. Tapi aku pernah jatuh cinta walaupun akhirnya dia bukan untuk ku..kini aku cuba belajar untuk menyemai lebih banyak benih cinta terhadap-Nya pemilik segala cinta. Dan biarpun masa semakin pantas berlalu..jejak sujud di haramain kian jauh..namun kesannya masih segar diingatan..tiap jejak langkah masih terasa..sekali skala tanpa sedar aku akan menitiskan airmata kerinduan pda kedamaian dan ketenangan di sana.

Ya Allahu Rabbi...alangkah bertuahnya andai bertmu cinta di bawah lembayung kaabah...masyaallah..saat berdiri di puncak jabal rahmah yang dikenali sebgai bukit kasih sayang..hatiku menjadi sayu..Ya Rabbi..aku tahu aku dan dia adalah milik-MU..dan untuk memilikinya, aku perlu meminta pada-MU..Ya Tuhan, aku akan terus menunggu kehadirannya..sesungguhnya KAU lebih mengetahui apa yang lebih baik terhadap hamba-hamba-MU.

okay jom citer pasal cinta lain plak...

beberapa hari yang lalu..aku lebih banyak menumpukan perhatianku terhadap persediaan ku untuk menghadapi final exam hujung bulan nie. honestly, aku tak confident langsung yang aku boleh lakukan yang terbaik. Makin banyak aku buat revision makin terbeban rasanya. So, aku agak sensitif kebelakangan nie..mungkin berpunca dr stress..
Semalam, aku amik keputusan untuk berehat selama satu hari..langsung tak join forum kat myvle..ataupun buka buku..minda aku agak tenang sedikit..tpi hati aku..aigoo~~

petang tdi aku masih lagi takde mood nak start balik buat revision..padahal ada 5 topic lagi aku kna cover. rasanya kalu bukan sebab modul dan kena jawab paper dlm bahasa inggeris..takde la aku tension sangat sekarang nie..tpi what to do? aku tak boleh give up camtu jer..biar terpaksa camna pun..kna teruskan jg..
demi masa depan..huhu..sestgh teman kata, aku saja jer nak cari susah..keja dah stabil..income pun ok..apesal la menyusahkan diri pegi belajar blk..!! takpe la..tiap orang kan ada pendapat sendiri.

untuk hilangkan stress, aku nonton variety show yang tgh melonjak naik sekarang nie..'idol & the romanticist'
tgk episode 1-4..memang best..idol kat korea memang susah nak gi dating..sebab kebykkan entertainment agency mmg strict sangat ngan bab2 dating nie..bila fikir2 mmg kesian la kat dorang tpi kalu nak jdi idol yang berjaya..kna la berkorban..dah tu yang dorang pilih.
dalam show nie..4 gadis dr kalangan idol dan 4 teruna jg dr kalangan idol..dorang nie akan dipasangkan mengikut ktpsn ujian yang diberikan. so bila dah dapat pasangan dorang akan keluar date tanpa diiringi oleh manager drg..maknanya drg free gi dating takkan ada gangguan dr manager. haha...
dalam episode 1-4, hanya satu  couple jer yang mgkn jg dah mmg destiny dorang utk jdi pasangan..walaupun nie cuma show jer tpi chemistry ant drg mmg berkesan. aku baca komen2 dr penonton lain pun sama jg..sokong sangat ngan pasangan Hyungshik & Jihyun..

lain citer plak ngan pasangan JB & seung-ah...i felt sorry for her lepas tgk episode terbaru nie ep.5..dalam ujian kali nie..as i said before, chemistry antr hyungshik ngan jihyun mmg tak boleh dinafikan lagi..sekali lgi dorang berjaya menjadi pasangan..Junsu & Hyeseong jg sama. nmpknya junsu berjaya lagi berpasangan ngan gadis plihannya masa mid-way selection. maknanya ada 2 couple yang bakal bertukar partner. JB fell for Jei..tpi Jei pilih Junsu masa mid-way selection. complicated kan..hurmm..
but then dalam keputusan kali nie..JB berpasangan ngan Seung-ah, aah~~ even tho he's dissappointed, sekurang-kurangnya jangan la ketara sangat. seung-ah must be hurt. she's crying..bila hati sudah terpaut..mmg payah kan..hehe
seung-ah pilih JB in mid-way selection..but unfortunately, JB pilih Jei..so bila dorang kna berpasangan dalam date kli nie..seems awkward..Seung-ah tahu JB tak happy kuar date ngan dia..tpi she's try her best untuk tenang. but whoever see her in this situation expecially woman..they will know that seung-ah is hurt.
sedih tgk dia menangis kat jalan tu..JB actually come clean with his feeling..and he apologise to seung-ah..and she said..aa~~ its okay, gwenchana..and she walk away..but aaah~~ hati wanita...we can see she's actually crying inside.. :(  secara tak langsung penonton yg berjiwa sentitif cam aku nie..mesti la rasa sedih jg kan..aigoo~~ i hope in next episode she will be happy..whoever with her..pls..make her smile..
cant wait to watch next episode..what would happen to all of them..seems, there will be a lot of frustrating, tears..and sadness come along..huhu..hope before final episode, they will find their true destiny & love..& happy 2gether..nwei..love for Hyungshik & Jihyun couple / Junsu & Hyeseong couple,..hehe..Idol & romantic...figthing!!


Friday, November 30, 2012

Goodbye...

*deep sigh*...time passes slowly..seconds..minutes..hours..

tanpa sedar aku kerap melirik jam. begitu cepat masa berlalu kan..bila aku duduk menghadap laptop nie, banyak perkara yang mula terlintas di fikiran aku. tinggal beberapa jam saja lagi we'll officially saying goodbye to november..aah~~ my precious december is approaching..Thank you Allah for the beautiful journey..senyuman dan airmata kerap menemani perjalananku..tpi syukur aku masih mampu berdiri pada landasan yang betul..2012 banyak mengajar aku hal2 reality kehidupan..expecially masa pertamakali menjejakkan kaki ke tanah suci..betapa besarnya kasih sayang Allah terhadapku kerana memberi aku peluang untuk memperbaiki diri yang selama ini buta.

2012..recap

Aah~~ lamunanku terhenti. aku mencapai smartphone milikku.

"1 new message" terpampang di skrin. lantas aku menyentuh skrin "open". tanpa sedar aku mengukir senyuman sebaik melihat nama pengirim.

~Gaeil : yo..lama menyepi. whr the hell you've been? abis study jer tus lesap. pa cite nie babe?

laju jariku menaip membalas message tersebut.

~masih ada lagi kat bumi nie, blm pindah ke mana-mana planet lagi..hehe. btw, whr u get my new phone number? O.o

message sent.

~Gaeil : weayo?? u really want to cut ties with all your friend ker? u dunno how hard i'm trying to find your number. =.='

~aku : hahaha..sorry. so wassup??

~Gaeil : ermm takde la apa yang terhangat sangat. saja jer nak tanya khabar ko, lama sangat tak dengar citer..rindu plak..kihkihkih..expecially bout ur Mr.Cool.^^

haha Gossip girl dah mai daaa...hilang Annisa..here she come Gaeil..

~aku : owh..miss u too :p tetiba plak teringat our old days masa study dlu. ^^ well..kitorang masi lagi contact each other tpi dah jarang sangat..:)

~Gaeil : laaa yer ker? so when u free? i'll be in town for 3 days. jom gi date..hehe

~aku : ermm...ok, i'll let u know later on. ^^

~Gaeil : ok..cant wait to see u again.

~aku : haha..me too.

dats how our conversation come to end. aku melemparkan pandangan ke luar jendela. Langit kelihatan seperti hamparan kanvas. bintang berkelipan seperti jutaan berlian begitu jelas kelihatan apatah lagi disinari cahaya bulan purnama. Subhanallah, hatiku berdetik memuji kebesaran Allah. Terima Kasih Ya Tuhan kerana memberi aku peluang untuk melihat kasih dan sayang-MU. Sejauh mana pun aku bakal melangkah dan melakar lukisan pada kanvas kehidupanku di kemudian hari.. kenangan di masa laluku dan persahabatan adalah antara harta yang paling berharga dalam hidupku.

Wednesday, November 21, 2012

another bias of mine..

Dalam kesibukan antara kerja dan study..aku masih sempat untuk melayan drama2 korea dan jepun febret aku...muahaha...aigoo~~, some ppl say i should change my habit..korean drama takkan boleh bagi apa2 faedah pun..hahaha well, dats true actually..tpi i am big enough to differentiate between reality n fantasy, no? ^_^  *peace no war*...

in 2012, mmg banyak drama2 korea yang menarik n boleh dikatakan BIG HIT..dah banyak drama yang download..tpi banyak dah aku lupa tajuknya..hohoho..but some that really caught my attention mmg tak boleh lupa laa..hehe

1st drama..of coz "the moon that embraces the sun"..

and...."queen in hyun's man"

then..."Rooftop Prince"

aaaannnnd the newest... "Arang & the Magistrate"


then..."faith a.k.a the great doctor"



 last but not least...."the great seer" " Innocent Man" "full house take 2 " "The five fingers" "Missing you"







great dramas that i want to have in my xternal harddisk...hehe

nwei...if anyone ask me which drama i would like to recommend..here they are!! just check the above pix..haha worth to watch it..so...enjoy ^^

dah msuk pukul 2 petang..i should stop here..ada kerja lain yang perlu diselesaikan..tpi sebelum tu aku nak share lagu best nie ngan korang..shin Yongjae..salah sorang d best ballad singer in korea entertainment industry..^^..enjoy <3 <3






My Bias

Aloha guys.... <3 <3


lepas terbaca blog sorang member, br ada semangat sket nak update blog nie..the colour, design, banner..dah lama adik comel yg sorang tu buat..tpi disebabkan bz sangat, br ari nie berkesempatan nak apply kat blog nie..haha dah hampir berkulat agaknya file tu kat dalam inbox email..mata aku dah letih asyik ngadap notebook nie sejak kul 9.00 malam tadi..tpi bila hati dah gerak kata nak tido..minda plak gatal nak suru coret la apa2 jer kat blog nie dlu b4 go to sleep..so, here i am..

br2 nie aku dah tambah 2 lagi chapter baru kat dalam sejarah hidup aku selama ttuuuttt tahun nie..hehe (p/s : angka tu biarlah rahsia..kuikuikui) lepas balik dr umrah di tanah suci..aku menerima jemputan untuk menghadiri majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia..alhamdulillah, usaha aku selama setahun lebih akhirnya diikhtiraf..so pada bulan Julai yang lalu..aku secara rasminya memperolehi satu lagi diploma..



Antara rahmat teristimewa yang aku perolehi di sepanjang perjalananku di tahun 2012. ^^

suatu ketika dulu aku sering merancang apa yang perlu aku lakukan dalam hidup aku...tpi kita hanyalah manusia biasa, tak semua yang kita rancang tu akan menjadi kenyataan. itu semua kuasa Allah swt. Usaha dan doa itu perlu. honestly, aku tak sangka impian yang tlh hampir aku lupakan satu persatu menjadi kenyataan taun nie..subhanallah. Berziarah ke tanah suci adalah satu impian yang pernah aku rasakan agak mustahil untuk aku gapai..tpi alhamdulillah Allahuakhbar..aku bersama keluarga ku diizinkan Allah untuk berada di kalangan jutaan tetamu-Nya. Bersujud di hamparan suci..hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Ramadhan al-mubarak tiba membawa satu lagi perkhabaran indah. Permohonan aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah secara Pend. Jarak Jauh telah diterima dan aku telah mendapat tawaran daripada pihak Open University Malaysia untuk mendaftar pada bulan september. Sekali lagi aku sujud syukur ke hadrat Illahi..




Sekarang nie aku dah rasmi jdi pelajar oum..hahaha september...oktobe...november..fewwh!! memang cabaran tahap otomen..kelas tutorial 4x jer dalam 3 bulan nie..assigment?? hahaha hancuss habess!! 1st time aku kna buat assignmnt dalam bahasa omputih..mula2 semangat berkobar cari bahan...tpi bila dah duk ngadap notebook..otak jadi blurr!! tak tau mana nak mula dlu..kna lagi assignment kna jawab guna susunan ayat sendiri..tak bule copy n paste jer..tu dah kira plagiat...nak tak nak kna la perah otak sehabis2nya..tu sebab la berat badan pun dah bertambah semenjak 3 menjak nie..hissh bahasa mna la ak pakai nie..haha lantak la..yang penting korang faham..hehe

dipendekan cerita..aku dah 70% berjaya menempuhi sebahagian tugas aku sbg pljr oum..hehe..last week kelas tutorial kitorang yang terakhir...kitorang akan menduduki final exam pada bulan dec nnt..ermm..nervous plak..

yang tu citer pasal study..skrg nie kita masuk bab keja plak..sekarang nie kami tgh cuti sekolah penggal kedua..mulai tahun 2012, aku tidak lagi bertugas di kudat..aku dah kembali ke daerah kelahiran ku..walaupun produktiviti keja dah berkurangan disebabkan situasi pengurusan sekolah jika dibandingkan ngan tpt bertugas sebelumnya..ermmm..aku rasa takpe la kot..selagi aku dapat mencurahkan bakti mendidik anak-anak watan daerah ku..aku dah berpuas hati. lgpun aku nie bukanlah sesapa pun kat sekolah tu..so klu nak buat perubahan pun agak payah sket. semuanya bergantung dengan ketua tu sendiri..so, faham2 jelah kan pa maknanya..hehe

oh no!! mata aku dah tak nak bekerjasama...semakin lama semakin layu rasanya...bunyi cengkerik kat luar pun aku dah rasa seperti lagu... mendodoi aku untuk tidur...hhahaha...so, adios peeps..^^





Wednesday, August 15, 2012

Airmata di kota suci..

Dah lama tak update blog..byk cerita nak kongsi tpi selalu saja ketiadaan masa untuk buka blog..ada saja keja nak buat.. =)

Sapa saja yang ikhlas berziarah ke 2 tanah yang dimuliakan Allah SWT pasti saja akan mudah tersentuh dengan setiap tinggalan & kesan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama islam suatu ketika dahulu bersama para sahabat yang dimuliakan Allah SWT. Apatah lagi melihat raudhah nabi sentiasa berada di depan mata..keutuhan masjid nabawi..hati mana yang tak sentuh..hanya mereka yang buta mata hatinya saja yang tak dpt merasainya..aah!! sukar untuk digambarkan dengan kata2..rindu itu terlalu istimewa...aku berdoa agar ahli keluargaku yang lain dan para sahabatku juga dapat menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini dan merasai rahmat yang aku & ahli keluarga yang rasakan..subhanallah Maha Suci Allah...

Alhamdulillah...sujud syukurku pada Allah SWT...pada hari terakhir ziarah kami di kota madinah, Allah mengizinkan aku bangkit dalam keadaan suci..aku sempat menunaikan solat subuh di masjid..kemudian berpeluang menziarahi raudhah Nabi SAW. 

Daripada hadith yang direkodkan oleh Al-bukhari bermaksud :
"Tanah yang ada diantara rumahku dan mimbarku itu adalah sebuah taman daripada beberapa taman di dalam syurga dan mimbarku itu ada di atas telagaku"

peluang menunaikan solat sunat di raudhah sungguh bermakna bagi semua muslimin dan muslimat yang berziarah ke madinah..siapa yang tak mahu  berada di taman-taman syurga walaupun seketika?? walau cuma beberapa minit,...kesannya Subhanallah Allahu Akhbar!! kami berpegangan tangan melangkah dengan penuh harapan menuju ke raudhah..tpi aku harus bersabar dan redha ngan keadaan yg sedikit sesak dan berasak2. fiuhh!! jemaah yg datang dari iran..dan negara2 jiran madinah memang sukar untuk ditempis..Ganazz..mujur para polis wanita masjid nabawi yg bertugas menjaga raudhah garang dan tegas..mereka dapat mengawal keadaan..sekali skali kedengaran suara-suara lantang mereka memberi arahan kepada jemaah2 yang berada di kawasan raudhah..terkadang kedengaran pula suara lantang itu dijawab dgn kasar oleh jemaah arab lain menunjukkan rasa tidak puashati mereka..tpi sebagaimana yg tlh dimaklumkan mmg takde sapa pun yang akan dibenarkan beri'tikhaf di raudhah mengikut kemahuan hati...mereka jg perlu memberi peluang kepada jemaah yg lain untuk menunaikan solat..sapa yang tidak mahu berlama di situ?? kami menunaikan solat sunat sebelum dibenarkan masuk ke kawasan raudhah yang sangat hampir dengan Makam RAsulullah SAW dan 2 sahabat yang dimuliakan Allah SWT iaitu Saidina Abu Bakar r.a & Saidina Umar Al-Khattab r.a..airmataku tidak putus-putus mengalir..hati aku benar2 tersentuh...berulangkali untuk mengucapkan syukurku ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku mampu menjejakkan kaki ke raudhah. masyaallah..damai dan tenangnya saat berada di situ..burung-burung merpati bebas berterbangan di situ malah sangat jinak..subhanallah..kicauan burung-burung seolah mengalu-alukan kedatangan para jemaah yang datang menziarahi Baginda Rasulullah SAW..

setelah setgh jam menunggu..akhirnya kumpulan jemaah kami di benarkan masuk menghampiri makam RAsulullah SAW..walaupun di pisahkan dengan pagar besi dan penghadang tpi sudah cukup mendamaikan..sekiranya kita memudahkan orang lain dalam sesuatu urusan..insyaallah kita juga diberikan balasan yang sama..aku menyaksikan sendiri bahkan merasainya sendiri apakah yang dinamakan 'bayaran tunai' di tanah haram...

dalam kesesakan di raudhah..seorang wanita warga emas mengaduh kesakitan apabila kepalanya dilangkah ketika dia sedang tunduk sujud..malah disebabkan asakan dari jemaah arab yg lain..tiba-tiba sorang jemaah terjatuh lalu menimpa tubuh tuanya..wanita warga emas tdi mengerang kesakitan...kami agak risau sedikit kerana masa agak suntuk dan kami masih tidak ada ruang untuk menunaikan solat..adik serta mummy mengisyaratkan agar kami mengeratkan pegangan lengan ke lengan dan membuatkan satu benteng kecil agar dapat bersolat secara bergilir..secara tdk lgsg..benteng kecil yg kami buat dpt membantu wanita warga emas tdi kembali berdiri dan mendirikan solatnya kembali..subhanallah Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa..sebaik wanita tdi selesai bersolat..tiba2 asakan pada benteng kecil kami berkurangan..sehingga kmi mempunyai ruang yang selesa untuk menunaikan solat di situ, airmataku mengalir tanpa henti...saat berdiri mengangkat takbiratulihram..airmataku makin deras membasahi wajahku...damainya...aku merasakan seolah-olah Rasulullah SAW sedang berada dihadapan kami menerima salam yang kami sampaikan padanya...berdoa diraudhah seolah berbicara terus dengan baginda..peluang dapat berbicara terus dengan kekasih Allah cukup indah walaupun tidak dapat melihatnya namun aku yakin baginda tersenyum menerima kedatangan kami, umatnya.

"Kesejahteraan ke atas mu wahai Rasulullah. Kesejahteraan ke atas mu wahai Nabi Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai kekasih Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai penghulu segala rasul dan penamat segala Nabi-nabi, Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu sebagaimana kamu memaafi ummatmu.."

"Kesejahteraan ke atasmu wahai Abu Bakr, teman yang menenangkan Rasulullah semasa di gua (tsur). Semoga Allah memberi balassan kepada engkau dan kepada seluruh umat Nabimu Muhammad SAW dengan balasan kebaikan."

"Kesejahteraan ke atasmu wahai Umar, mulianya agama Allah (islam) keranamu, semoga Allah memberi balasan kepada engkau dan kepada seluruh umat Nabimu Muhammad SAW dengan balasan kebaikan."

Assalamualaikum Ya Rasulullah. Selawat dan salam ke atasmu wahai Rasulullah..inilah aku salah seorang umatmu datang berziarah dari jauh dan membawa titipan salam untukmu daripada kaum keluarga dan sahabat handai kepadamu. Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan aku bertemu dan berbicara dengan kekasih-MU..Wahai Rasulullah, terima kasih atas segala pengorbananmu dan para sahabat sekelian dalam menyebarkan agama Allah sehingga kami yng berada jauh dari bumi kelahiranmu juga berkesempatan menganutinya dan mengenal siapa Tuhan kami. pertemuan ini bakal menjadi pertemuan paling indah dalam hidupku..dan aku mengharapkan ini bukanlah pertemuan dan bicara yang terakhirku di raudhahmu Ya Rasulullah...

aku cepat2 mengakhiri doaku sebaik mummy menepuk bahuku..kami prlu keluar dri situ..agar dapat memberi peluang kepada jemaah lain untuk bersolat pula. kami berhenti seketika berdekatan mimbar Rasulullah SAW..Allahu Akhbar,,aku berpeluang mengamati mimbar yang suatu ketika dahulu disitulah Rasulullah mengimamkan solat dan berbicara mengenai agama Allah dalam khutbahnya.. aku teringat akan kisah detik-detik dipenghujung hayat Rasulullah SAW yang aku pernah baca dalam kitab sirah nabawi. pilunya hati!! ketika baginda jatuh sakit dan tidak berdaya lagi untuk bangun dari pembaringannya, Saidina Abu Bakar disuruh untuk menggantikan tempatnya sebagai imam. Jarak antara rumah baginda dan mimbarnya tidaklah jauh..semasa Saidina Abu Bakar mengimami kaum muslimin menunaikan solat, baginda RAsulullah menyelak tabir bilik dan melihat muslimin berada di saf2 solat lalu baginda tersenyum dan ketawa.

sewaktu melangkah keluar dari raudhah, aku sempat mengamati keindahan dan kehalusan seni ukir kawasan raudhah..bertuahlah tangan-tangan yang mengukirnya..sungguh indah!! ketika kami melewati kawasan tong2 yang dipenuhi dengan air zam-zam, tiba-tiba sedikit keriuhan berlaku dikalangan petugas2 kawasan raudhah..kami berhenti seketika untuk melihat apa yang berlaku..rupanya salah seorang petugas wanita ynag bertugas membersihkan raudhah tidak sedarkan diri..terdetik dalam hati kecilku..alangkah mulia dan bertuahnya mereka..kerana sentiasa dekat dengan Baginda Kekasih Allah. bahkan kedudukan mereka lebih baik dan ganjaran pahala mereka disisi Allah lebih besar berbanding mereka yang datang berziarah sekalipun mereka hanya mengutip cawan2 yang tlh digunakan oleh para jemaah. itulah ganjaran bagi mereka yang membersihkan masjid nabawi...beruntung bukan...

kami kembali ke hotel dengan perasan yang bercampur baur..bahagia dan gembira kerana diberi kesempatan untuk menziarahi raudhah sebelum bertolak ke kota makkah untuk menunaikan ibadah umrah..sedih dan pilu kerana perlu meninggalkan tanah haram dimana jasad Rasulullah SAW telah disemadikan..


Saturday, June 23, 2012

ziarah ku bukan kerana paksaan...

Ogos 2011....


"aku dah kol tabung haji travel & services, kalu package umrah dah buka, tpi dorang cakap utk tahun nie dah full, kna tunggu tahun depan"


itulah antara kata-kata adik aku sebaik dia menyuarakan hasratnya untuk menunaikan hajat arwah kakak kami untuk menunaikan ibadah umrah yang tidak sempat ditunaikan disebabkan janjinya untuk bertemu Tuhan Maha Pencipta telah mendahului...bertahun kami merancang tpi baru sahaja ingin dilaksanakan, ibu pula disahkan menghidap kanser barah pangkal rahim...masyaallah..hajat itu tertangguh lagi..


ibu kelihatan sugul..tpi semangatnya cukup kuat untuk menghadapi dugaan kali ini. 


"takpe la ma, kita selesaikan dlu urusan kita..biarlah kita ke sana dengan dada yang lapang.."
adik memujuk. Aku mengiakan kata-kata adik. ibu kelihatan terpujuk. Dia mengangguk.


bermula september 2011, kami menjadi pengunjung setia klinit OB & GYN hospital likas..pelbagai ujian yang perlu ibu jalani, sedih hati melihat keadaannya, alhamdulillah..kami mendapt rawatan dari team doktor pakar yang ceria & baik hati, tiada langsung kami merasakan tekanan setiapkali mereka menjelaskan bahawa rawatan ini..rawatan itu perlu dibuat & dijalani..mereka pandai menjaga hati pesakit...thanx to Dr.Suguna, Dr.Ramesh & Dr. sutagar & team for ur kindness & hardwork...


oktober 2011, aku menghantar permohonan untuk pertukaran tempat bertugas ke pejabat penyelia bahagian..kali ini aku tekad untuk mengurus permohonan aku, sebab agak susah untuk aku berulang-alik dari kudat ke kota belud seterusnya ke kota kinabalu, kepenatan bukan satu masalah tetapi aku risaukan keadaaan ibu yang selalu berseorangan dirumah. lagipun semenjak dia menjalani pelbagai pemeriksaan dan kimoterapi, kesihatan dia selalu saja terganggu. 


Pertengahan bulan oktober, akhirnya aku dipanggil oleh DR.Ramesh di klinik pakar Ob & Gyn..keputusan penuh mengenai kanser ibu sudah diperolehi..jadi dia perlu bertemu dengan ahli keluarga untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya..dia perlu kebenaran bertulis dari kami. Alhamdulillah, keputusannya..barah tersebut berukuran 1cm shaja, masih di anggap peringkat awal...dan masih banyak peluang untuk sembuh..insyaallah..


kami diberi 2 pilihan, samada sekadar menjalani rawatan kimoterapi @pun menjalani pembedahan dan membuang keseluruhan rahim agar sel2 barah tidak dapat membiak aktif.. ibu terus sahaja mengatakan dia akan menjalani pembedahan, katanya..'saya dah memiliki 5 orang anak..saya dah cukup berpuas hati sekalipun saya tidak mempunyai rahim lagi'..
Dr. Ramesh tersenyum dengan sikap positif yg ditunjukkan oleh ibu.


kami diberi tempoh selama 3 minggu untuk membuat persediaan, dalam masa yg sama..ibu perlu menjalani rawatan kimoterapi 1x untuk mengawal tumbesaran sel barah..subhanallah wal hamdulillah la ilaha illah allahuakhbar....semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dijadualkan...


november 2011, ibu dimasukkan ke dalam wad..2 hari sebelum tarikh pembedahan untuk memantau tahap kesihatan ibu..adik lelaki kami tidak dapat bersama2 kami sebab dia perlu kembali ke bangi, kuliahnya sudah hampir bermula..tpi kami tahu dia akan sentiasa bersama kami dr kejauhan, bersama doa yang tidak pernah putus..


sekali lagi segala puji-pujian kepada Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang, ibu selamat menjalani pembedahan..selepas hampir 8 jam di bilik bedah akhirnya ibu dihantar ke wad kenangan bilik 9 untuk pemantauan pada jam2 seterusnya..EP ibu menunjukkan angka2 yang agak positif. Ibu tidak perlu dirawat d ICU sepertimana yang pernah dijangka oleh doktor pakar..


Disember 2011, sudah hampir sebulan kami berulang alik ke hospital likas untuk menjaga ibu..ibu pula semakin sihat dan sudah mula berjalan & menjalani fisioterapi...team doktor pakar pun agak berpuas hati dengan laporan & pencapaian kesihatan ibu..alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah swt.


kami membincangkan semula mengenai hajat untuk menunaikan umrah..kami dah buat tempahan dengan pihak tabung haji..dan selepas menimbang keadaan kesihatan ibu & rawatan susulan yang perlu dia jalani, kami membuat keputusan untuk memilih package umrah pada awal JUn semasa cuti sekolah pertghn penggal..mudah untuk kami memohon kelepasan dr jabatan masing-masing, malah tidak sukar bgi adik bongsu kami memohon cuti daripda pihak sekolah, bahkan adik lelaki kami juga kebetulan sedang cuti semester..


Januari & Februari 2012...kami mula sibuk menguruskan passport, rawatan susulan ibu hampir selesai..dan keputusannya pun masih lagi memuaskan...Alhamdulillah.


Mac 2012, selain kami sekeluarga, makcik2 & pakcik turut serta dalam rombongan kami..semoga perjalanan kami diberkati...


Namun, kami hanya manusia biasa yang mampu merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. dugaan demi dugaan..cabaran demi cabaran kami hadapi..hinggakan ada yang benar-benar mencapai kesabaran kami..agak susah untuk menasihatkan orang yang selalu berfikir mereka lebih baik dan lebih berpengetahuan..tpi alhamdulillah kami masih mampu mengawal diri..tapi cukuplah sekali ini sahaja ^^


semakin hampir tarikh penerbangan..semakin pelbagai kerenah yang diperlihatkan..hahahaha, terkadang aku rasa lucu bila terfikir hal2 tersebut..bagi 2-3 orang ahli keluarga yg lain, ziarah ke sana bkn asing lg kerana mereka sudah pernah menjejakkan kaki ke sana, berbeza dengan kami, pakcik & makcik..inilah pengalaman pertama kami..sudah tentu perasaan tu agak istimewa sedikit..ya kan...


kami selalu mengingatkan diri kami & juga ahli keluarga yang agar sentiasa berpegang pada niat utama berziarah ke tanah suci..iaitu untuk beribadah..bukan untuk menunjuk-nunjuk dan merasa bangga diri...masyaallah...kerana ingatlah, di tanah suci segalanya adalah 'bayaran tunai'..sekalipun sekadar terdetik dihati..tersembunyi dilubuk yg paling dalam..atau sebelum berniat sekalipun Allah sudah mengetahuinya..ingatlah bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui & Maha Mendengar...


Mei 2012, cuti sekolah bermula...kami membuat persiapan terakhir..ibu & adik2 yang lain sudah pun menyiapkan bagasi masing-masing. Aku pula??? masih lagi bersikap santai..masyaallah, seolah-olah takde perasaan excited langsung nak pegi...tpi to b truth..aku sendiri tak faham ngan perasaan aku sendiri..excited??? happy?? risau?? takut??..ntah la..
tapi tiapkali aku sujud di sajadah cintaku..timbul sekelumit rasa gerun & takut...setiapkali usai solat fardu mahupun solat sunat..aku memohon redha dan keampunan dari Allah..mudah-mudahan aku diterima menjadi tetamu-NYA setiba di sana nanti...banyak kisah2 yang aku pernah baca @ dengar dari pengalaman2 yang dilalui oleh orang2 yang pergi berziarah..'bayaran tunai' daripada Allah di 2 tanah haram..Mekah & Madinah bukan boleh dianggap sekadar angin lalu menyapa seketika kemudian pergi..


akan tersingkap tabir keaibban...seolah kita sedang diadili kemudian menjalani hukuman..ada orang pernah mengatakan bahawa 'bayaran tunai' di tanah suci ada gambaran yang amat kecil tentang suasana di padang masyhar nnt..subhanallah, allahuakhbar..malah firman Allah mengenai kedudukan matahari hanya sejengkal di atas kepala sewaktu manusia diadili dipadang masyhar nnt turut dapat dibayangkan sewaktu berada di tanah suci jika berziarah pada musim panas..masyaallah, aku teringin untuk tetap tinggal disitu, kerana setiap hari sebaik melihat matahari yang terbit di dada langit bumi..aku merasakan aku sentiasa diingatkan untuk menambah amal ibadatku..seperti esok aku akan mati dan bangkit di padang masyhar...andai saja aku sedang berada ditanahair ketika itu dengan darjah kepanasan melebihi 40 darjah C..pasti aku sda mengeluh kerana tubuh sentiasa dibasahi peluh & sunburn of coz..masyaallah, mujur aku berada di tanah suci..aku selalu diingatkan untuk sentiasa beristighar dan mengajar hati agar lebih bersifat sabar dan redha dengan dugaan yg satu ini.


JUn 2012, tiba saat yang dinanti oleh ahli keluarga kami...iaitu menyahut lambaian tanah suci..Alhamdulillah kami semua berada dalam keadaan yang kuat & sihat untuk berlepas ke sana...
sanak saudara datang ke lapangan terbang untuk menghantar kami pergi berziarah..andai saja aku ditakdirkan untuk meninggalkan sewaktu dlm perjalanan ke sana @ sebaik tiba di tanah suci..aku redha ya Allah..kerana aku hanya seorang hamba yang hina dan penuh kekurangan.. disaat aku sujud bertaubat atas dosa2 ku..aku ingin pergi menemui-MU dalam keadaan bersih dari segala noda dosa...
sekembali ku ke tanahair di kemudian hari..aku tak mungkin terlepas daripada melakukan kesalahan..apatah lagi untuk memiliki sifat zuhud amat jauh untuk digapai..aku mohon pada-MU Ya Allah..bantulah aku..agar aku sentiasa sedar akan tiap kesalahan yang aku lakukan samada dalam keadaan sedar @ pun tidak sedar dan peringatkanlah aku agar segera bertaubat dan menyesalinya..


kepenatan berada dalam penerbangan selama 10 jam berbaloi sebaik sahaja kaki berpijak di bumi jeddah..masyaallah, angin panas dan bahang matahari amat terasa mengenai tubuh..tpi kami masih mampu tersenyum puas..dan masih mampu bergurau sesama kami melihat telatah jemaah dari malaysia & indonesia berkomunikasi dengan petugas2 berbangsa arab...boleh dikatakan seperti ayam & itik bunyinya..namun para jemaah masih boleh memaham isyarat yang mereka berikan biarpun sepatah kata kami semua tidak memahami apa yang disampaikan oleh petugas2 tersebut...hehehhe....


2 bas ala2 komuter menjemput kami di terminal haji kemudian menghantar kami ke lapangan terbang yg digunakan khas untuk para jemaah yang tiba untuk mengerjakan ibadah haji..kerana lebih mudah untuk berurusan di situ berbanding jika kami berada di lapangan terbang antarabangsa jeddah..pasti crowded!!!


deru penghawa dingin di dalam bangunan jelas kedengaran..namun masih tidak mampu menandingi bahang panas di luar bangunan...kami beratur di kaunter pemeriksaan imigresen untuk mengesahkan kemasukkan kami ke negara arab saudi itu..kumpulan jemaah dari indonesia kelihatan diberi amaran agar beratur mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak imigresen..dan tidak berdiri melepasi garisan kuning jika sekiranya seseorang sedang berurusan di kaunter pemeriksaan visa & passport..mujur juga mereka mematuhinya..walhal pada mulanya mereka la yang paling kecoh sekali...mungkin sebab terlalu happy menyahut lambaian & salam tanah suci...


kami jemaah dr Sabah seramai 50 org dibawah pengurusan Tabung Haji travel & services sentiasa diingatkan mengenai peraturan2 yang perlu kami patuhi sepanjang berurusan di sana..Alhamdulillah, mujur ada wakil tabung haji yang menemani kami di sepanjang perjalanan kami ke sana..dan menurut taklimat yang diberi sewaktu berada di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu sebaik jemaah kami tiba di jeddah..wakil tabung haji beserta mutawwif yang bertugas akan menyambut kedatangan kami..dan kami tidak perlu risau mengenai kenderaan untuk ke madinah dan penginapan apabila tiba di sana nnt...


apabila melihat tag tabung haji yang kami pakai..kami disambut dengan mesra oleh petugas2 di bahagian bagasi...alhamdulillah, kami tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengan mereka..malah mereka mengalu2kan kedatangan jemaah dr Malaysia...part best..mereka serba sedikit boleh berbahasa melayu...'ya ibu..sini...sini..check bagasi'....
'ya ibu..jalan...jalan...' ini adalah antara ayat yang mereka ucapkan pada kami...haha agak kelakar bila didengar tapi kami berbesar hati dengan cara mereka cuba berkomunikasi dengan kami...


kami menarik bagaasi masing-masing menuju ke ruangan yang ditunjukkan oleh petugas2 berbangsa arab itu. dalam masa yg sama kami saling bertanya antara satu sama lain, mana perginya wakil & mutawwif yang disebut oleh pihak tabung haji?? apesal dah hampir 2 jam kami tiba masih belum kelihatan bayang mereka. 


wakil tabung haji yang datang bersama kami cuba berusaha menghubungi pihak tabung haji di arab saudi sementara ahli jemaah yang boleh bersolat..bersegera menunaikan solat ..memandangkan jam sudah menunjukkan hampir masuk waktu maghrib. jika ditanahair, sudah waktu tghmlm..sebahagian jemaah yang menanti..kelihatan terkulai lemah di bangku yang disediakan..iya la kan...jika dikira waktu pada masa itu..sudah lebih 20 jam kami berjaga ..perubahan cuaca dan masa menyebabkan sedikit kejutan pada fizikal kami..
kesian dengan warga emas yang turut serta dlm rombongan. tpi subhanallah..mereka mmg kuat  semangat..


akhirnya penantian kami berakhir..apabila sorang pak arab datang menemui wakil tabung haji rombongan kami..dan selepas berbincang sesama mereka buat seketika..akhirnya kami bergerak ke terminal bas kira-kira 15 minit berjalan kaki dari tempat kami menunggu..hahahaha lapangan terbang jeddah (terminal haji) memang luas seluas-luasnya..boleh buat 3-4 padang bola sepak..hehehehe kalah 1Borneo...ekekeke


tiba di terminal bas kami menaiki bas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak tabung haji sewaktu sebelum berlepas ke jeddah..alhamdulillah..ahli kumpulan 1 tbg haji Sabah..semua adalah keluarga..keluarga kami seramai 11 orang, keluarga Dr.prof ums seramai 14 org dan keluarga uncle rossdy 3 beranak..kami selesa di dalam bas..masing2 mempunyai ruang sendiri..mudah untuk kami meninjau pemandangan luar disepanjang perjalanan ke madinah nanti..sedikit kekecohan berlaku dalam bas kami bila ternampak wakil tabung haji rombongan kami tidak akan bersama bas kami tetapi dia akan bersama rombongan bas 2 tbh hji sabah. kami terpinga2 seketika..'abis tu sapa yang handle group kita nie??' 'mana kita tau mo pegi hotel mana sampai madinah nanti' 'dah la cakap arab pun tak lurus'..tula antara kata2 resah yang diluahkan oleh ahli keluarga yang lain.. mummy cuba merisik kabar dr wakil tabung haji rombongan melalui panggilan telefon memandangkan mereka sudah kenal mesra sewaktu dalam penerbangan dan ketika berada di imigresen jeddah. 
memang benar wakil tersebut tidak akan bersama rombongan kami..tapi menurutnya tak perlu risau sebab mutawwif kami sda menunggu di kawasan berhampiran lapangan terbang jeddah (terminal haji) dimana kami sedang menunggu sekarang. dia sudah pun memaklumkan pemandu bas di mana dia perlu berhenti untuk menjemput mutawwif tersebut. Alhamdulillah..selesai satu masalah. tpi aku masih merasakan ketegangan dikalangan ahli keluarga kami...mummy berulangkali mengingatkan supaya tidak perlu risau dan panik sebab segala-galanya sudah pun diurus.
adik aku sudah naik tension..aku pula mendiamkan diri...malas untuk bersuara melayan ketegangan mereka-mereka yang berkenaan..hehehe ambil jalan selamat...


hari mulai gelap..bas bergerak meninggalkan terminal bas lapangan terbang jeddah..nun dikejauhan lampu2 neon dan lampu-lampu yang menerangi lebuhraya mula kelihatan..semakin jauh kami meninggalkan lapangan terbang jeddah semakin indah pemandangan yg terbentang didepan mata..subhanalllah...aku bertasbih dalam hati mengucapkan puji-pujian kepada Zat Maha Pencipta..disamping mengagumi keindahan malam kota jeddah yang seakan mengadakan pesta cahaya...


Arab saudi sebuah negara yang kaya dengan hasil minyaknya..jdi tidak heran la jika kita melihat ribuan lampu terpasang di sana sini..penghawa dingin bas makin menyelesakan perjalanan kami..masyaallah kelopak mataku semakin memberat...aku menoleh ke kanan..adik aku juga sepertiku..menahan rasa mengantuk..tidak sanggup rasanya untuk terlepas melihat & menghayati pemandangan yang indah ini.


ahli keluarga yang lain ada sudah yang terlena sebaik bas bergerak meninggalkan terminal..sekali lagi kami terpinga2 sebaik menyedari bas yang kami naiki tiba-tiba berhenti di bahu jalan berhampiran 1 kawasan lapang..ahli keluarga & ahli rombongan yang lain terbangun dari lena..segera melihat ke luar..mencari jawapan..apakah sebab kami berhenti di situ..kami saling berpandangan..rasa sangsi...takkanlah.....hish..nauzubillah..jangan cepat berprasangka buruk...


tiba2 sorang lelaki berbaju melayu dan memakai kopiah menaiki bas..dia memberi salam..dalam keadaan tertanya2 kami menjawab salam..dia memperkenalkan dirinya...rupa2nya dialah mutawwif kami yang akan membantu & membimbing kami disepanjang ibadah umrah dan ziarah kami ke 2 tanah haram Mekah & Madinah...masyaallah..kus semangat!! hahaha kami akhirnya tersenyum sesama sendiri dn melepaskan nafas lega...


orangnya simple..murah senyuman dan baik budi bahasanya..namanya ustaz zainal @ panggil aja zain, itu katanya..hehe, alhamdulillah...syukur..kami sda bertemu dengan mutawwif kami..seketika dia keluar semula..kami lihat dia mengambil 2 bungkusan beg plastik yang besar..rupanya itu adalah bungkusan makanan untuk rombongan kami yang telah dia sediakan..sekali lagi alhamdulillah..perut yang berkeroncong akhirnya terisi.


bas bergerak semula..dan ustaz zain pun memulakan tugasnya membimbing perjalanan kami dengan memimpin bacaan doa safar..semoga perjalanan kami memasuki tanah haram Madinah diberkati dan dipermudahkan olehNYA..setelah itu kami diminta berehat dan dia akan mengejutkan kami apabila tiba di kota madinanh nanti...lampu bas menjadi malap...masing2 mengambil peluang untuk melepaskan lelah yang mula terasa menguasai tubuh. mata aku masih tidak mahu lelap..sehinggalah kami tiba di suatu tempat persinggahan..di situ bas kami berhenti lagi untuk memberi peluang kepada jemaah untuk pergi ke tandas dan mencari minuman..


ibu dan makcik2 tidak ingin turun..mummy meminta aku menemaninya pergi ke tandas..aku bersetuju..adik  agak nyenyak di sebelah..malas untuk membangunkannya..kami melangkah keluar...Allahuakhbar...bahang panas apakah yang kami rasakan ini?? 
di tanah gersang tanpa sebarang pohon kayu...haba panas yang kami rasakan amat luar biasa..pada mulanya kami menyangka bahang panas itu datangnya dari enjin bas...namun makin jauh kami berjalan..haba panas itu sentiasa terasa malah angin yang bertiup pun terasa panas..jelas ianya bukan bahang enjin bas...aku menanti diluar kawasan tandas masjid..subhanallah..aku bagai tidak percaya aku kini berada di bumi jeddah..aku kini berdiri di padang pasir..setitik demi setitik airmata aku menitik..terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku menziarahi bumi barakah ini.


"udah pergi ke toilet??" aku tersentak bila disapa oleh ustaz zainal. segera aku mengesat airmataku..mujur waktu itu agak gelap..kemungkinan untuk dia menyedari senduku amat tipis. aku tersenyum nipis padanya sambil mengelengkan kepala.
"tak..saya tak rasa nak pergi, ustaz. Saya hanya temankan makcik saya saja." ujarku.
dia mengangguk2kan kepala. sepi kembali antara kami. seketika kemudian mummy kembali. 
"ustaz, memang camni ka haba panas waktu malam di sini? " tanya mummy. 
sambil melangkah kembali ke bas. Ustaz menjawab pertanyaan mummy. "iya. sekarang waktu kemuncak musim panas di sini..jadi suhu sekarang nie sudah hampir 44 darjah C..kalau waktu siangnya..akan lebih tinggi lagi 55 darjah C, gtu"..jawabnya.aku melihat jam tangan..12.45am..??? 44 darjah C??? mak oiii biar btul??..aku tgk pak arab2 nun duduk kat restoran tu slumber jer makan roti nan..sekali sekala kedengaran ketawa mereka berderai..takde pun rasa panas..sedangkan kami?? astagfirullahal'azim...


ustaz seakan memahami apa yg aku tgh fikirkan.."mereka itu emang uda biasa ngan suasana begini..sebab ini emang tanahair mereka..cuma kita aja yang rasa kaget sedikit" ujarnya.
mulut aku membentuk huruf O buat beberapa saat..hebat ustaz nie..hehehe...


selepas 15 minit, bas bergerak semula menuju ke madinah..menurut ustaz lebih kurang hampir pukul 2 pagi nanti kami akan tiba di madinah..tak sabar rasanya...


Entah bila waktunya aku terlelap..aku terjaga apabila adik menyiku lenganku meminta aku bangun. katanya kami sudah melepasi pintu masuk ke madinah..dan sekarang kami berada di TAbuk di mana peperangan tabuk pernah berlaku..nun dikejauhan kelihatan suatu tempat yang agak gemilang cahayanya..terang benderang..puncak menaranya semakin lama semakin jelas kelihatan...Ya Allahu rabbi..itulah cahaya dari masjid nabawi..masjid yang didiami jasad kekasihMU Muhammad SAW. 


suara ustaz zainal kedengaran dr bahagian berhampiran tempat duduk pemandu. dia memaklumkan kami bahawa kami sudah pun memasuki kota madinah dan sebentar lagi kami akan di hantar ke hotel movenpick dimana kami bakal menginap..
dalam kesamaran airmata aku mengalir...rindu untuk menziarahi masjid nabawi dan makam Rasulullah tiba-tiba bercambah dalam benak hati..tapi aku perlu redha dengan keadaan ku yang masih tidak membenarkan aku untuk melangkah memasuki masjid nabawi mahupun raudhah nabi..aku hanya mampu mengucapkan salam buat junjungan yang dikasihi beserta sabahat yang dimuliakan Allah swt.




sebaik tiba dihotel..kami diberikan kunci bilik masing-masing..aku, ibu &adik2 ditempatkan sebilik..manakala makcik berempat 1 bilik dan adik llk berserta bapa & pakcik pula sebilik..kami kurang bertuah sebab mendapat bilik yang agak terlindung dari pemandangan masjid nabawi namun kami masih berpuashati sebab masih dapat melihat dataran dan menara masjid dari jendela kaca bilik..tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan tika terpandang cahaya gemilang dan masjid nabawi secara live di depan mata..hanya kata2 pujia-pujian kepada Allah SWT yang mampu aku lafazkan.













Friday, June 1, 2012

few hours b4 d' actual time..

sedar tak sedar hari yg ditunggu2 sda tiba...hati, & minda seolah bersatu hati..berdetak berlagu 1 lagu yg amat sukar untuk ditafsirkan..yang pasti semakin hampir pertemuan itu semakin kuat debaran yang aku rasakan...mampukah aku menjadi tetamu-NYA?? akan diterimakah kedatangan aku ke sana..pelbagai persoalan yg bermain dijiwaku..Ya Tuhan...sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yg hina..

percaya atau tidak..di saat ini, jari jemariku turut berlgu rentak yg sama..sejuk & sediki mengeletar..seolah aku bakal menghadapi satu sesi temuduga yang bakal menentukan masa depan ku..subhanallah, beginikah perasaan saat menjadi tetamu Baitullah??

barang2 sda siap dalam bagasi..tpi aku serba kekurangan dalam persiapan diri...ilmu yg dibawa amatlah sedikit dan aku takut aku tidak mampu melakukan yang terbaik...

ini adalah satu perjalanan yang amat bermakna...mungkin juga 1 penghijrahan yang aku tunggu2 selama ini..mudah-mudahan niat dan ibadat yang dikerjakan saat menjadi tetamu-NYA diterima oleh-NYA..amin