Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Wednesday, November 21, 2012

My Bias

Aloha guys.... <3 <3


lepas terbaca blog sorang member, br ada semangat sket nak update blog nie..the colour, design, banner..dah lama adik comel yg sorang tu buat..tpi disebabkan bz sangat, br ari nie berkesempatan nak apply kat blog nie..haha dah hampir berkulat agaknya file tu kat dalam inbox email..mata aku dah letih asyik ngadap notebook nie sejak kul 9.00 malam tadi..tpi bila hati dah gerak kata nak tido..minda plak gatal nak suru coret la apa2 jer kat blog nie dlu b4 go to sleep..so, here i am..

br2 nie aku dah tambah 2 lagi chapter baru kat dalam sejarah hidup aku selama ttuuuttt tahun nie..hehe (p/s : angka tu biarlah rahsia..kuikuikui) lepas balik dr umrah di tanah suci..aku menerima jemputan untuk menghadiri majlis konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia..alhamdulillah, usaha aku selama setahun lebih akhirnya diikhtiraf..so pada bulan Julai yang lalu..aku secara rasminya memperolehi satu lagi diploma..



Antara rahmat teristimewa yang aku perolehi di sepanjang perjalananku di tahun 2012. ^^

suatu ketika dulu aku sering merancang apa yang perlu aku lakukan dalam hidup aku...tpi kita hanyalah manusia biasa, tak semua yang kita rancang tu akan menjadi kenyataan. itu semua kuasa Allah swt. Usaha dan doa itu perlu. honestly, aku tak sangka impian yang tlh hampir aku lupakan satu persatu menjadi kenyataan taun nie..subhanallah. Berziarah ke tanah suci adalah satu impian yang pernah aku rasakan agak mustahil untuk aku gapai..tpi alhamdulillah Allahuakhbar..aku bersama keluarga ku diizinkan Allah untuk berada di kalangan jutaan tetamu-Nya. Bersujud di hamparan suci..hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Ramadhan al-mubarak tiba membawa satu lagi perkhabaran indah. Permohonan aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah secara Pend. Jarak Jauh telah diterima dan aku telah mendapat tawaran daripada pihak Open University Malaysia untuk mendaftar pada bulan september. Sekali lagi aku sujud syukur ke hadrat Illahi..




Sekarang nie aku dah rasmi jdi pelajar oum..hahaha september...oktobe...november..fewwh!! memang cabaran tahap otomen..kelas tutorial 4x jer dalam 3 bulan nie..assigment?? hahaha hancuss habess!! 1st time aku kna buat assignmnt dalam bahasa omputih..mula2 semangat berkobar cari bahan...tpi bila dah duk ngadap notebook..otak jadi blurr!! tak tau mana nak mula dlu..kna lagi assignment kna jawab guna susunan ayat sendiri..tak bule copy n paste jer..tu dah kira plagiat...nak tak nak kna la perah otak sehabis2nya..tu sebab la berat badan pun dah bertambah semenjak 3 menjak nie..hissh bahasa mna la ak pakai nie..haha lantak la..yang penting korang faham..hehe

dipendekan cerita..aku dah 70% berjaya menempuhi sebahagian tugas aku sbg pljr oum..hehe..last week kelas tutorial kitorang yang terakhir...kitorang akan menduduki final exam pada bulan dec nnt..ermm..nervous plak..

yang tu citer pasal study..skrg nie kita masuk bab keja plak..sekarang nie kami tgh cuti sekolah penggal kedua..mulai tahun 2012, aku tidak lagi bertugas di kudat..aku dah kembali ke daerah kelahiran ku..walaupun produktiviti keja dah berkurangan disebabkan situasi pengurusan sekolah jika dibandingkan ngan tpt bertugas sebelumnya..ermmm..aku rasa takpe la kot..selagi aku dapat mencurahkan bakti mendidik anak-anak watan daerah ku..aku dah berpuas hati. lgpun aku nie bukanlah sesapa pun kat sekolah tu..so klu nak buat perubahan pun agak payah sket. semuanya bergantung dengan ketua tu sendiri..so, faham2 jelah kan pa maknanya..hehe

oh no!! mata aku dah tak nak bekerjasama...semakin lama semakin layu rasanya...bunyi cengkerik kat luar pun aku dah rasa seperti lagu... mendodoi aku untuk tidur...hhahaha...so, adios peeps..^^





No comments:

Post a Comment