Dah lama tak update blog..byk cerita nak kongsi tpi selalu saja ketiadaan masa untuk buka blog..ada saja keja nak buat.. =)
Sapa saja yang ikhlas berziarah ke 2 tanah yang dimuliakan Allah SWT pasti saja akan mudah tersentuh dengan setiap tinggalan & kesan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama islam suatu ketika dahulu bersama para sahabat yang dimuliakan Allah SWT. Apatah lagi melihat raudhah nabi sentiasa berada di depan mata..keutuhan masjid nabawi..hati mana yang tak sentuh..hanya mereka yang buta mata hatinya saja yang tak dpt merasainya..aah!! sukar untuk digambarkan dengan kata2..rindu itu terlalu istimewa...aku berdoa agar ahli keluargaku yang lain dan para sahabatku juga dapat menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini dan merasai rahmat yang aku & ahli keluarga yang rasakan..subhanallah Maha Suci Allah...
Alhamdulillah...sujud syukurku pada Allah SWT...pada hari terakhir ziarah kami di kota madinah, Allah mengizinkan aku bangkit dalam keadaan suci..aku sempat menunaikan solat subuh di masjid..kemudian berpeluang menziarahi raudhah Nabi SAW.
Daripada hadith yang direkodkan oleh Al-bukhari bermaksud :
"Tanah yang ada diantara rumahku dan mimbarku itu adalah sebuah taman daripada beberapa taman di dalam syurga dan mimbarku itu ada di atas telagaku"
peluang menunaikan solat sunat di raudhah sungguh bermakna bagi semua muslimin dan muslimat yang berziarah ke madinah..siapa yang tak mahu berada di taman-taman syurga walaupun seketika?? walau cuma beberapa minit,...kesannya Subhanallah Allahu Akhbar!! kami berpegangan tangan melangkah dengan penuh harapan menuju ke raudhah..tpi aku harus bersabar dan redha ngan keadaan yg sedikit sesak dan berasak2. fiuhh!! jemaah yg datang dari iran..dan negara2 jiran madinah memang sukar untuk ditempis..Ganazz..mujur para polis wanita masjid nabawi yg bertugas menjaga raudhah garang dan tegas..mereka dapat mengawal keadaan..sekali skali kedengaran suara-suara lantang mereka memberi arahan kepada jemaah2 yang berada di kawasan raudhah..terkadang kedengaran pula suara lantang itu dijawab dgn kasar oleh jemaah arab lain menunjukkan rasa tidak puashati mereka..tpi sebagaimana yg tlh dimaklumkan mmg takde sapa pun yang akan dibenarkan beri'tikhaf di raudhah mengikut kemahuan hati...mereka jg perlu memberi peluang kepada jemaah yg lain untuk menunaikan solat..sapa yang tidak mahu berlama di situ?? kami menunaikan solat sunat sebelum dibenarkan masuk ke kawasan raudhah yang sangat hampir dengan Makam RAsulullah SAW dan 2 sahabat yang dimuliakan Allah SWT iaitu Saidina Abu Bakar r.a & Saidina Umar Al-Khattab r.a..airmataku tidak putus-putus mengalir..hati aku benar2 tersentuh...berulangkali untuk mengucapkan syukurku ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku mampu menjejakkan kaki ke raudhah. masyaallah..damai dan tenangnya saat berada di situ..burung-burung merpati bebas berterbangan di situ malah sangat jinak..subhanallah..kicauan burung-burung seolah mengalu-alukan kedatangan para jemaah yang datang menziarahi Baginda Rasulullah SAW..
setelah setgh jam menunggu..akhirnya kumpulan jemaah kami di benarkan masuk menghampiri makam RAsulullah SAW..walaupun di pisahkan dengan pagar besi dan penghadang tpi sudah cukup mendamaikan..sekiranya kita memudahkan orang lain dalam sesuatu urusan..insyaallah kita juga diberikan balasan yang sama..aku menyaksikan sendiri bahkan merasainya sendiri apakah yang dinamakan 'bayaran tunai' di tanah haram...
dalam kesesakan di raudhah..seorang wanita warga emas mengaduh kesakitan apabila kepalanya dilangkah ketika dia sedang tunduk sujud..malah disebabkan asakan dari jemaah arab yg lain..tiba-tiba sorang jemaah terjatuh lalu menimpa tubuh tuanya..wanita warga emas tdi mengerang kesakitan...kami agak risau sedikit kerana masa agak suntuk dan kami masih tidak ada ruang untuk menunaikan solat..adik serta mummy mengisyaratkan agar kami mengeratkan pegangan lengan ke lengan dan membuatkan satu benteng kecil agar dapat bersolat secara bergilir..secara tdk lgsg..benteng kecil yg kami buat dpt membantu wanita warga emas tdi kembali berdiri dan mendirikan solatnya kembali..subhanallah Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa..sebaik wanita tdi selesai bersolat..tiba2 asakan pada benteng kecil kami berkurangan..sehingga kmi mempunyai ruang yang selesa untuk menunaikan solat di situ, airmataku mengalir tanpa henti...saat berdiri mengangkat takbiratulihram..airmataku makin deras membasahi wajahku...damainya...aku merasakan seolah-olah Rasulullah SAW sedang berada dihadapan kami menerima salam yang kami sampaikan padanya...berdoa diraudhah seolah berbicara terus dengan baginda..peluang dapat berbicara terus dengan kekasih Allah cukup indah walaupun tidak dapat melihatnya namun aku yakin baginda tersenyum menerima kedatangan kami, umatnya.
"Kesejahteraan ke atas mu wahai Rasulullah. Kesejahteraan ke atas mu wahai Nabi Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai kekasih Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai penghulu segala rasul dan penamat segala Nabi-nabi, Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu sebagaimana kamu memaafi ummatmu.."
"Kesejahteraan ke atasmu wahai Abu Bakr, teman yang menenangkan Rasulullah semasa di gua (tsur). Semoga Allah memberi balassan kepada engkau dan kepada seluruh umat Nabimu Muhammad SAW dengan balasan kebaikan."
"Kesejahteraan ke atasmu wahai Umar, mulianya agama Allah (islam) keranamu, semoga Allah memberi balasan kepada engkau dan kepada seluruh umat Nabimu Muhammad SAW dengan balasan kebaikan."
Assalamualaikum Ya Rasulullah. Selawat dan salam ke atasmu wahai Rasulullah..inilah aku salah seorang umatmu datang berziarah dari jauh dan membawa titipan salam untukmu daripada kaum keluarga dan sahabat handai kepadamu. Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan aku bertemu dan berbicara dengan kekasih-MU..Wahai Rasulullah, terima kasih atas segala pengorbananmu dan para sahabat sekelian dalam menyebarkan agama Allah sehingga kami yng berada jauh dari bumi kelahiranmu juga berkesempatan menganutinya dan mengenal siapa Tuhan kami. pertemuan ini bakal menjadi pertemuan paling indah dalam hidupku..dan aku mengharapkan ini bukanlah pertemuan dan bicara yang terakhirku di raudhahmu Ya Rasulullah...
aku cepat2 mengakhiri doaku sebaik mummy menepuk bahuku..kami prlu keluar dri situ..agar dapat memberi peluang kepada jemaah lain untuk bersolat pula. kami berhenti seketika berdekatan mimbar Rasulullah SAW..Allahu Akhbar,,aku berpeluang mengamati mimbar yang suatu ketika dahulu disitulah Rasulullah mengimamkan solat dan berbicara mengenai agama Allah dalam khutbahnya.. aku teringat akan kisah detik-detik dipenghujung hayat Rasulullah SAW yang aku pernah baca dalam kitab sirah nabawi. pilunya hati!! ketika baginda jatuh sakit dan tidak berdaya lagi untuk bangun dari pembaringannya, Saidina Abu Bakar disuruh untuk menggantikan tempatnya sebagai imam. Jarak antara rumah baginda dan mimbarnya tidaklah jauh..semasa Saidina Abu Bakar mengimami kaum muslimin menunaikan solat, baginda RAsulullah menyelak tabir bilik dan melihat muslimin berada di saf2 solat lalu baginda tersenyum dan ketawa.
sewaktu melangkah keluar dari raudhah, aku sempat mengamati keindahan dan kehalusan seni ukir kawasan raudhah..bertuahlah tangan-tangan yang mengukirnya..sungguh indah!! ketika kami melewati kawasan tong2 yang dipenuhi dengan air zam-zam, tiba-tiba sedikit keriuhan berlaku dikalangan petugas2 kawasan raudhah..kami berhenti seketika untuk melihat apa yang berlaku..rupanya salah seorang petugas wanita ynag bertugas membersihkan raudhah tidak sedarkan diri..terdetik dalam hati kecilku..alangkah mulia dan bertuahnya mereka..kerana sentiasa dekat dengan Baginda Kekasih Allah. bahkan kedudukan mereka lebih baik dan ganjaran pahala mereka disisi Allah lebih besar berbanding mereka yang datang berziarah sekalipun mereka hanya mengutip cawan2 yang tlh digunakan oleh para jemaah. itulah ganjaran bagi mereka yang membersihkan masjid nabawi...beruntung bukan...
kami kembali ke hotel dengan perasan yang bercampur baur..bahagia dan gembira kerana diberi kesempatan untuk menziarahi raudhah sebelum bertolak ke kota makkah untuk menunaikan ibadah umrah..sedih dan pilu kerana perlu meninggalkan tanah haram dimana jasad Rasulullah SAW telah disemadikan..
No comments:
Post a Comment