Penulisanku hanya untuk mengingatkan diriku yang sering alpa, Dengan menulis, aku rasa lebih selesa

Saturday, June 23, 2012

ziarah ku bukan kerana paksaan...

Ogos 2011....


"aku dah kol tabung haji travel & services, kalu package umrah dah buka, tpi dorang cakap utk tahun nie dah full, kna tunggu tahun depan"


itulah antara kata-kata adik aku sebaik dia menyuarakan hasratnya untuk menunaikan hajat arwah kakak kami untuk menunaikan ibadah umrah yang tidak sempat ditunaikan disebabkan janjinya untuk bertemu Tuhan Maha Pencipta telah mendahului...bertahun kami merancang tpi baru sahaja ingin dilaksanakan, ibu pula disahkan menghidap kanser barah pangkal rahim...masyaallah..hajat itu tertangguh lagi..


ibu kelihatan sugul..tpi semangatnya cukup kuat untuk menghadapi dugaan kali ini. 


"takpe la ma, kita selesaikan dlu urusan kita..biarlah kita ke sana dengan dada yang lapang.."
adik memujuk. Aku mengiakan kata-kata adik. ibu kelihatan terpujuk. Dia mengangguk.


bermula september 2011, kami menjadi pengunjung setia klinit OB & GYN hospital likas..pelbagai ujian yang perlu ibu jalani, sedih hati melihat keadaannya, alhamdulillah..kami mendapt rawatan dari team doktor pakar yang ceria & baik hati, tiada langsung kami merasakan tekanan setiapkali mereka menjelaskan bahawa rawatan ini..rawatan itu perlu dibuat & dijalani..mereka pandai menjaga hati pesakit...thanx to Dr.Suguna, Dr.Ramesh & Dr. sutagar & team for ur kindness & hardwork...


oktober 2011, aku menghantar permohonan untuk pertukaran tempat bertugas ke pejabat penyelia bahagian..kali ini aku tekad untuk mengurus permohonan aku, sebab agak susah untuk aku berulang-alik dari kudat ke kota belud seterusnya ke kota kinabalu, kepenatan bukan satu masalah tetapi aku risaukan keadaaan ibu yang selalu berseorangan dirumah. lagipun semenjak dia menjalani pelbagai pemeriksaan dan kimoterapi, kesihatan dia selalu saja terganggu. 


Pertengahan bulan oktober, akhirnya aku dipanggil oleh DR.Ramesh di klinik pakar Ob & Gyn..keputusan penuh mengenai kanser ibu sudah diperolehi..jadi dia perlu bertemu dengan ahli keluarga untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya..dia perlu kebenaran bertulis dari kami. Alhamdulillah, keputusannya..barah tersebut berukuran 1cm shaja, masih di anggap peringkat awal...dan masih banyak peluang untuk sembuh..insyaallah..


kami diberi 2 pilihan, samada sekadar menjalani rawatan kimoterapi @pun menjalani pembedahan dan membuang keseluruhan rahim agar sel2 barah tidak dapat membiak aktif.. ibu terus sahaja mengatakan dia akan menjalani pembedahan, katanya..'saya dah memiliki 5 orang anak..saya dah cukup berpuas hati sekalipun saya tidak mempunyai rahim lagi'..
Dr. Ramesh tersenyum dengan sikap positif yg ditunjukkan oleh ibu.


kami diberi tempoh selama 3 minggu untuk membuat persediaan, dalam masa yg sama..ibu perlu menjalani rawatan kimoterapi 1x untuk mengawal tumbesaran sel barah..subhanallah wal hamdulillah la ilaha illah allahuakhbar....semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dijadualkan...


november 2011, ibu dimasukkan ke dalam wad..2 hari sebelum tarikh pembedahan untuk memantau tahap kesihatan ibu..adik lelaki kami tidak dapat bersama2 kami sebab dia perlu kembali ke bangi, kuliahnya sudah hampir bermula..tpi kami tahu dia akan sentiasa bersama kami dr kejauhan, bersama doa yang tidak pernah putus..


sekali lagi segala puji-pujian kepada Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang, ibu selamat menjalani pembedahan..selepas hampir 8 jam di bilik bedah akhirnya ibu dihantar ke wad kenangan bilik 9 untuk pemantauan pada jam2 seterusnya..EP ibu menunjukkan angka2 yang agak positif. Ibu tidak perlu dirawat d ICU sepertimana yang pernah dijangka oleh doktor pakar..


Disember 2011, sudah hampir sebulan kami berulang alik ke hospital likas untuk menjaga ibu..ibu pula semakin sihat dan sudah mula berjalan & menjalani fisioterapi...team doktor pakar pun agak berpuas hati dengan laporan & pencapaian kesihatan ibu..alhamdulillah..semuanya dengan izin Allah swt.


kami membincangkan semula mengenai hajat untuk menunaikan umrah..kami dah buat tempahan dengan pihak tabung haji..dan selepas menimbang keadaan kesihatan ibu & rawatan susulan yang perlu dia jalani, kami membuat keputusan untuk memilih package umrah pada awal JUn semasa cuti sekolah pertghn penggal..mudah untuk kami memohon kelepasan dr jabatan masing-masing, malah tidak sukar bgi adik bongsu kami memohon cuti daripda pihak sekolah, bahkan adik lelaki kami juga kebetulan sedang cuti semester..


Januari & Februari 2012...kami mula sibuk menguruskan passport, rawatan susulan ibu hampir selesai..dan keputusannya pun masih lagi memuaskan...Alhamdulillah.


Mac 2012, selain kami sekeluarga, makcik2 & pakcik turut serta dalam rombongan kami..semoga perjalanan kami diberkati...


Namun, kami hanya manusia biasa yang mampu merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. dugaan demi dugaan..cabaran demi cabaran kami hadapi..hinggakan ada yang benar-benar mencapai kesabaran kami..agak susah untuk menasihatkan orang yang selalu berfikir mereka lebih baik dan lebih berpengetahuan..tpi alhamdulillah kami masih mampu mengawal diri..tapi cukuplah sekali ini sahaja ^^


semakin hampir tarikh penerbangan..semakin pelbagai kerenah yang diperlihatkan..hahahaha, terkadang aku rasa lucu bila terfikir hal2 tersebut..bagi 2-3 orang ahli keluarga yg lain, ziarah ke sana bkn asing lg kerana mereka sudah pernah menjejakkan kaki ke sana, berbeza dengan kami, pakcik & makcik..inilah pengalaman pertama kami..sudah tentu perasaan tu agak istimewa sedikit..ya kan...


kami selalu mengingatkan diri kami & juga ahli keluarga yang agar sentiasa berpegang pada niat utama berziarah ke tanah suci..iaitu untuk beribadah..bukan untuk menunjuk-nunjuk dan merasa bangga diri...masyaallah...kerana ingatlah, di tanah suci segalanya adalah 'bayaran tunai'..sekalipun sekadar terdetik dihati..tersembunyi dilubuk yg paling dalam..atau sebelum berniat sekalipun Allah sudah mengetahuinya..ingatlah bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui & Maha Mendengar...


Mei 2012, cuti sekolah bermula...kami membuat persiapan terakhir..ibu & adik2 yang lain sudah pun menyiapkan bagasi masing-masing. Aku pula??? masih lagi bersikap santai..masyaallah, seolah-olah takde perasaan excited langsung nak pegi...tpi to b truth..aku sendiri tak faham ngan perasaan aku sendiri..excited??? happy?? risau?? takut??..ntah la..
tapi tiapkali aku sujud di sajadah cintaku..timbul sekelumit rasa gerun & takut...setiapkali usai solat fardu mahupun solat sunat..aku memohon redha dan keampunan dari Allah..mudah-mudahan aku diterima menjadi tetamu-NYA setiba di sana nanti...banyak kisah2 yang aku pernah baca @ dengar dari pengalaman2 yang dilalui oleh orang2 yang pergi berziarah..'bayaran tunai' daripada Allah di 2 tanah haram..Mekah & Madinah bukan boleh dianggap sekadar angin lalu menyapa seketika kemudian pergi..


akan tersingkap tabir keaibban...seolah kita sedang diadili kemudian menjalani hukuman..ada orang pernah mengatakan bahawa 'bayaran tunai' di tanah suci ada gambaran yang amat kecil tentang suasana di padang masyhar nnt..subhanallah, allahuakhbar..malah firman Allah mengenai kedudukan matahari hanya sejengkal di atas kepala sewaktu manusia diadili dipadang masyhar nnt turut dapat dibayangkan sewaktu berada di tanah suci jika berziarah pada musim panas..masyaallah, aku teringin untuk tetap tinggal disitu, kerana setiap hari sebaik melihat matahari yang terbit di dada langit bumi..aku merasakan aku sentiasa diingatkan untuk menambah amal ibadatku..seperti esok aku akan mati dan bangkit di padang masyhar...andai saja aku sedang berada ditanahair ketika itu dengan darjah kepanasan melebihi 40 darjah C..pasti aku sda mengeluh kerana tubuh sentiasa dibasahi peluh & sunburn of coz..masyaallah, mujur aku berada di tanah suci..aku selalu diingatkan untuk sentiasa beristighar dan mengajar hati agar lebih bersifat sabar dan redha dengan dugaan yg satu ini.


JUn 2012, tiba saat yang dinanti oleh ahli keluarga kami...iaitu menyahut lambaian tanah suci..Alhamdulillah kami semua berada dalam keadaan yang kuat & sihat untuk berlepas ke sana...
sanak saudara datang ke lapangan terbang untuk menghantar kami pergi berziarah..andai saja aku ditakdirkan untuk meninggalkan sewaktu dlm perjalanan ke sana @ sebaik tiba di tanah suci..aku redha ya Allah..kerana aku hanya seorang hamba yang hina dan penuh kekurangan.. disaat aku sujud bertaubat atas dosa2 ku..aku ingin pergi menemui-MU dalam keadaan bersih dari segala noda dosa...
sekembali ku ke tanahair di kemudian hari..aku tak mungkin terlepas daripada melakukan kesalahan..apatah lagi untuk memiliki sifat zuhud amat jauh untuk digapai..aku mohon pada-MU Ya Allah..bantulah aku..agar aku sentiasa sedar akan tiap kesalahan yang aku lakukan samada dalam keadaan sedar @ pun tidak sedar dan peringatkanlah aku agar segera bertaubat dan menyesalinya..


kepenatan berada dalam penerbangan selama 10 jam berbaloi sebaik sahaja kaki berpijak di bumi jeddah..masyaallah, angin panas dan bahang matahari amat terasa mengenai tubuh..tpi kami masih mampu tersenyum puas..dan masih mampu bergurau sesama kami melihat telatah jemaah dari malaysia & indonesia berkomunikasi dengan petugas2 berbangsa arab...boleh dikatakan seperti ayam & itik bunyinya..namun para jemaah masih boleh memaham isyarat yang mereka berikan biarpun sepatah kata kami semua tidak memahami apa yang disampaikan oleh petugas2 tersebut...hehehhe....


2 bas ala2 komuter menjemput kami di terminal haji kemudian menghantar kami ke lapangan terbang yg digunakan khas untuk para jemaah yang tiba untuk mengerjakan ibadah haji..kerana lebih mudah untuk berurusan di situ berbanding jika kami berada di lapangan terbang antarabangsa jeddah..pasti crowded!!!


deru penghawa dingin di dalam bangunan jelas kedengaran..namun masih tidak mampu menandingi bahang panas di luar bangunan...kami beratur di kaunter pemeriksaan imigresen untuk mengesahkan kemasukkan kami ke negara arab saudi itu..kumpulan jemaah dari indonesia kelihatan diberi amaran agar beratur mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak imigresen..dan tidak berdiri melepasi garisan kuning jika sekiranya seseorang sedang berurusan di kaunter pemeriksaan visa & passport..mujur juga mereka mematuhinya..walhal pada mulanya mereka la yang paling kecoh sekali...mungkin sebab terlalu happy menyahut lambaian & salam tanah suci...


kami jemaah dr Sabah seramai 50 org dibawah pengurusan Tabung Haji travel & services sentiasa diingatkan mengenai peraturan2 yang perlu kami patuhi sepanjang berurusan di sana..Alhamdulillah, mujur ada wakil tabung haji yang menemani kami di sepanjang perjalanan kami ke sana..dan menurut taklimat yang diberi sewaktu berada di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu sebaik jemaah kami tiba di jeddah..wakil tabung haji beserta mutawwif yang bertugas akan menyambut kedatangan kami..dan kami tidak perlu risau mengenai kenderaan untuk ke madinah dan penginapan apabila tiba di sana nnt...


apabila melihat tag tabung haji yang kami pakai..kami disambut dengan mesra oleh petugas2 di bahagian bagasi...alhamdulillah, kami tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengan mereka..malah mereka mengalu2kan kedatangan jemaah dr Malaysia...part best..mereka serba sedikit boleh berbahasa melayu...'ya ibu..sini...sini..check bagasi'....
'ya ibu..jalan...jalan...' ini adalah antara ayat yang mereka ucapkan pada kami...haha agak kelakar bila didengar tapi kami berbesar hati dengan cara mereka cuba berkomunikasi dengan kami...


kami menarik bagaasi masing-masing menuju ke ruangan yang ditunjukkan oleh petugas2 berbangsa arab itu. dalam masa yg sama kami saling bertanya antara satu sama lain, mana perginya wakil & mutawwif yang disebut oleh pihak tabung haji?? apesal dah hampir 2 jam kami tiba masih belum kelihatan bayang mereka. 


wakil tabung haji yang datang bersama kami cuba berusaha menghubungi pihak tabung haji di arab saudi sementara ahli jemaah yang boleh bersolat..bersegera menunaikan solat ..memandangkan jam sudah menunjukkan hampir masuk waktu maghrib. jika ditanahair, sudah waktu tghmlm..sebahagian jemaah yang menanti..kelihatan terkulai lemah di bangku yang disediakan..iya la kan...jika dikira waktu pada masa itu..sudah lebih 20 jam kami berjaga ..perubahan cuaca dan masa menyebabkan sedikit kejutan pada fizikal kami..
kesian dengan warga emas yang turut serta dlm rombongan. tpi subhanallah..mereka mmg kuat  semangat..


akhirnya penantian kami berakhir..apabila sorang pak arab datang menemui wakil tabung haji rombongan kami..dan selepas berbincang sesama mereka buat seketika..akhirnya kami bergerak ke terminal bas kira-kira 15 minit berjalan kaki dari tempat kami menunggu..hahahaha lapangan terbang jeddah (terminal haji) memang luas seluas-luasnya..boleh buat 3-4 padang bola sepak..hehehehe kalah 1Borneo...ekekeke


tiba di terminal bas kami menaiki bas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak tabung haji sewaktu sebelum berlepas ke jeddah..alhamdulillah..ahli kumpulan 1 tbg haji Sabah..semua adalah keluarga..keluarga kami seramai 11 orang, keluarga Dr.prof ums seramai 14 org dan keluarga uncle rossdy 3 beranak..kami selesa di dalam bas..masing2 mempunyai ruang sendiri..mudah untuk kami meninjau pemandangan luar disepanjang perjalanan ke madinah nanti..sedikit kekecohan berlaku dalam bas kami bila ternampak wakil tabung haji rombongan kami tidak akan bersama bas kami tetapi dia akan bersama rombongan bas 2 tbh hji sabah. kami terpinga2 seketika..'abis tu sapa yang handle group kita nie??' 'mana kita tau mo pegi hotel mana sampai madinah nanti' 'dah la cakap arab pun tak lurus'..tula antara kata2 resah yang diluahkan oleh ahli keluarga yang lain.. mummy cuba merisik kabar dr wakil tabung haji rombongan melalui panggilan telefon memandangkan mereka sudah kenal mesra sewaktu dalam penerbangan dan ketika berada di imigresen jeddah. 
memang benar wakil tersebut tidak akan bersama rombongan kami..tapi menurutnya tak perlu risau sebab mutawwif kami sda menunggu di kawasan berhampiran lapangan terbang jeddah (terminal haji) dimana kami sedang menunggu sekarang. dia sudah pun memaklumkan pemandu bas di mana dia perlu berhenti untuk menjemput mutawwif tersebut. Alhamdulillah..selesai satu masalah. tpi aku masih merasakan ketegangan dikalangan ahli keluarga kami...mummy berulangkali mengingatkan supaya tidak perlu risau dan panik sebab segala-galanya sudah pun diurus.
adik aku sudah naik tension..aku pula mendiamkan diri...malas untuk bersuara melayan ketegangan mereka-mereka yang berkenaan..hehehe ambil jalan selamat...


hari mulai gelap..bas bergerak meninggalkan terminal bas lapangan terbang jeddah..nun dikejauhan lampu2 neon dan lampu-lampu yang menerangi lebuhraya mula kelihatan..semakin jauh kami meninggalkan lapangan terbang jeddah semakin indah pemandangan yg terbentang didepan mata..subhanalllah...aku bertasbih dalam hati mengucapkan puji-pujian kepada Zat Maha Pencipta..disamping mengagumi keindahan malam kota jeddah yang seakan mengadakan pesta cahaya...


Arab saudi sebuah negara yang kaya dengan hasil minyaknya..jdi tidak heran la jika kita melihat ribuan lampu terpasang di sana sini..penghawa dingin bas makin menyelesakan perjalanan kami..masyaallah kelopak mataku semakin memberat...aku menoleh ke kanan..adik aku juga sepertiku..menahan rasa mengantuk..tidak sanggup rasanya untuk terlepas melihat & menghayati pemandangan yang indah ini.


ahli keluarga yang lain ada sudah yang terlena sebaik bas bergerak meninggalkan terminal..sekali lagi kami terpinga2 sebaik menyedari bas yang kami naiki tiba-tiba berhenti di bahu jalan berhampiran 1 kawasan lapang..ahli keluarga & ahli rombongan yang lain terbangun dari lena..segera melihat ke luar..mencari jawapan..apakah sebab kami berhenti di situ..kami saling berpandangan..rasa sangsi...takkanlah.....hish..nauzubillah..jangan cepat berprasangka buruk...


tiba2 sorang lelaki berbaju melayu dan memakai kopiah menaiki bas..dia memberi salam..dalam keadaan tertanya2 kami menjawab salam..dia memperkenalkan dirinya...rupa2nya dialah mutawwif kami yang akan membantu & membimbing kami disepanjang ibadah umrah dan ziarah kami ke 2 tanah haram Mekah & Madinah...masyaallah..kus semangat!! hahaha kami akhirnya tersenyum sesama sendiri dn melepaskan nafas lega...


orangnya simple..murah senyuman dan baik budi bahasanya..namanya ustaz zainal @ panggil aja zain, itu katanya..hehe, alhamdulillah...syukur..kami sda bertemu dengan mutawwif kami..seketika dia keluar semula..kami lihat dia mengambil 2 bungkusan beg plastik yang besar..rupanya itu adalah bungkusan makanan untuk rombongan kami yang telah dia sediakan..sekali lagi alhamdulillah..perut yang berkeroncong akhirnya terisi.


bas bergerak semula..dan ustaz zain pun memulakan tugasnya membimbing perjalanan kami dengan memimpin bacaan doa safar..semoga perjalanan kami memasuki tanah haram Madinah diberkati dan dipermudahkan olehNYA..setelah itu kami diminta berehat dan dia akan mengejutkan kami apabila tiba di kota madinanh nanti...lampu bas menjadi malap...masing2 mengambil peluang untuk melepaskan lelah yang mula terasa menguasai tubuh. mata aku masih tidak mahu lelap..sehinggalah kami tiba di suatu tempat persinggahan..di situ bas kami berhenti lagi untuk memberi peluang kepada jemaah untuk pergi ke tandas dan mencari minuman..


ibu dan makcik2 tidak ingin turun..mummy meminta aku menemaninya pergi ke tandas..aku bersetuju..adik  agak nyenyak di sebelah..malas untuk membangunkannya..kami melangkah keluar...Allahuakhbar...bahang panas apakah yang kami rasakan ini?? 
di tanah gersang tanpa sebarang pohon kayu...haba panas yang kami rasakan amat luar biasa..pada mulanya kami menyangka bahang panas itu datangnya dari enjin bas...namun makin jauh kami berjalan..haba panas itu sentiasa terasa malah angin yang bertiup pun terasa panas..jelas ianya bukan bahang enjin bas...aku menanti diluar kawasan tandas masjid..subhanallah..aku bagai tidak percaya aku kini berada di bumi jeddah..aku kini berdiri di padang pasir..setitik demi setitik airmata aku menitik..terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku menziarahi bumi barakah ini.


"udah pergi ke toilet??" aku tersentak bila disapa oleh ustaz zainal. segera aku mengesat airmataku..mujur waktu itu agak gelap..kemungkinan untuk dia menyedari senduku amat tipis. aku tersenyum nipis padanya sambil mengelengkan kepala.
"tak..saya tak rasa nak pergi, ustaz. Saya hanya temankan makcik saya saja." ujarku.
dia mengangguk2kan kepala. sepi kembali antara kami. seketika kemudian mummy kembali. 
"ustaz, memang camni ka haba panas waktu malam di sini? " tanya mummy. 
sambil melangkah kembali ke bas. Ustaz menjawab pertanyaan mummy. "iya. sekarang waktu kemuncak musim panas di sini..jadi suhu sekarang nie sudah hampir 44 darjah C..kalau waktu siangnya..akan lebih tinggi lagi 55 darjah C, gtu"..jawabnya.aku melihat jam tangan..12.45am..??? 44 darjah C??? mak oiii biar btul??..aku tgk pak arab2 nun duduk kat restoran tu slumber jer makan roti nan..sekali sekala kedengaran ketawa mereka berderai..takde pun rasa panas..sedangkan kami?? astagfirullahal'azim...


ustaz seakan memahami apa yg aku tgh fikirkan.."mereka itu emang uda biasa ngan suasana begini..sebab ini emang tanahair mereka..cuma kita aja yang rasa kaget sedikit" ujarnya.
mulut aku membentuk huruf O buat beberapa saat..hebat ustaz nie..hehehe...


selepas 15 minit, bas bergerak semula menuju ke madinah..menurut ustaz lebih kurang hampir pukul 2 pagi nanti kami akan tiba di madinah..tak sabar rasanya...


Entah bila waktunya aku terlelap..aku terjaga apabila adik menyiku lenganku meminta aku bangun. katanya kami sudah melepasi pintu masuk ke madinah..dan sekarang kami berada di TAbuk di mana peperangan tabuk pernah berlaku..nun dikejauhan kelihatan suatu tempat yang agak gemilang cahayanya..terang benderang..puncak menaranya semakin lama semakin jelas kelihatan...Ya Allahu rabbi..itulah cahaya dari masjid nabawi..masjid yang didiami jasad kekasihMU Muhammad SAW. 


suara ustaz zainal kedengaran dr bahagian berhampiran tempat duduk pemandu. dia memaklumkan kami bahawa kami sudah pun memasuki kota madinah dan sebentar lagi kami akan di hantar ke hotel movenpick dimana kami bakal menginap..
dalam kesamaran airmata aku mengalir...rindu untuk menziarahi masjid nabawi dan makam Rasulullah tiba-tiba bercambah dalam benak hati..tapi aku perlu redha dengan keadaan ku yang masih tidak membenarkan aku untuk melangkah memasuki masjid nabawi mahupun raudhah nabi..aku hanya mampu mengucapkan salam buat junjungan yang dikasihi beserta sabahat yang dimuliakan Allah swt.




sebaik tiba dihotel..kami diberikan kunci bilik masing-masing..aku, ibu &adik2 ditempatkan sebilik..manakala makcik berempat 1 bilik dan adik llk berserta bapa & pakcik pula sebilik..kami kurang bertuah sebab mendapat bilik yang agak terlindung dari pemandangan masjid nabawi namun kami masih berpuashati sebab masih dapat melihat dataran dan menara masjid dari jendela kaca bilik..tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan tika terpandang cahaya gemilang dan masjid nabawi secara live di depan mata..hanya kata2 pujia-pujian kepada Allah SWT yang mampu aku lafazkan.













Friday, June 1, 2012

few hours b4 d' actual time..

sedar tak sedar hari yg ditunggu2 sda tiba...hati, & minda seolah bersatu hati..berdetak berlagu 1 lagu yg amat sukar untuk ditafsirkan..yang pasti semakin hampir pertemuan itu semakin kuat debaran yang aku rasakan...mampukah aku menjadi tetamu-NYA?? akan diterimakah kedatangan aku ke sana..pelbagai persoalan yg bermain dijiwaku..Ya Tuhan...sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yg hina..

percaya atau tidak..di saat ini, jari jemariku turut berlgu rentak yg sama..sejuk & sediki mengeletar..seolah aku bakal menghadapi satu sesi temuduga yang bakal menentukan masa depan ku..subhanallah, beginikah perasaan saat menjadi tetamu Baitullah??

barang2 sda siap dalam bagasi..tpi aku serba kekurangan dalam persiapan diri...ilmu yg dibawa amatlah sedikit dan aku takut aku tidak mampu melakukan yang terbaik...

ini adalah satu perjalanan yang amat bermakna...mungkin juga 1 penghijrahan yang aku tunggu2 selama ini..mudah-mudahan niat dan ibadat yang dikerjakan saat menjadi tetamu-NYA diterima oleh-NYA..amin